Misi Bantuan Yazit Sinar FM

Di saat kita asyik melayan lagu-lagu hits Search, siapa sangka insan disebalik pukulan drum yang mengiringi lagu-lagu kumpulan lagenda rock Malaysia itu kini menderita akibat penyakit buah pinggang.

Misi Bantuan Yazit Sinar FMYazit, pemain drum kumpulan Search telah menanggung penyakit berkenaan sejak beberapa tahun yang lepas dan kini memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos pembedahan dan perubatan bagi penyakitnya itu.

Sehubungan dengan itu, pihak radio Sinar FM mengambil inisiatif dengan memulakan kutipan derma melalui kempen Tabung Bantuan Yazit Sinar FM dimana para peminat serta orang ramai boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun Bank Rakyat Yazit atas nama Yazit bin Ahamd dengan nombor akaun 221461012100.

Keprihatinan stesen radio berkenaan mendapat perhatian dan respon positif daripada Perodua, sekaligus bersama-sama berganding bahu dalam menjalankan kempen tersebut.

Menurut Pengurus Kandungan Sinar FM, Shidah Khasim.

Kami amat berbesar hati apabila Perodua bersetuju untuk turut menjayakan kempen ini. Bermula minggu ini dan seterusnya, aktiviti Pemandu Selebriti Untuk Misi Bantuan Yazit akan menyaksikan para penyampai Sinar FM iaitu Salih Yaacob, Raja Azura dan Krill bersama-sama dengan selebriti seperti Hefny Sahad, Altimet, IM Asyraf, Saiful Apek, dan Achey MLM akan menjadi pemandu dan kepada pendengar untuk ke tempat kerja mereka setiap pagi. Bagi setiap perjalanan, Perodua akan menyumbang sebanyak RM1,000 ke akaun Yazit

Aktiviti amal ini bukan sahaja memudahkan aktiviti harian masyarakat malahan memberi satu pengalaman istimewa kepada mereka dengan ke tempat kerja dihantar oleh selebriti kegemaran dan dalam masa yang sama menderma ke Tabung Misi Bantuan Yazit Sinar FM.

Pemandu Selebriti Untuk Misi Bantuan Yazit bermula pada 3 Ogos ini sehingga 14 Ogos. Para pendengar boleh mendaftarkan diri untuk kempen ini melalui laman web SINAR fm di www.sinar.fm.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments