Muzik Video Sleeq – #1 Kini di Youtube

Kumpulan SleeQ
Lagu ‘Tepi Sikit’ berjaya melonjakkan nama mereka, kini SleeQ hadir pula dengan single terbaru yang semakin mendapat sambutan hangat yang berjudul ‘#1’.

Jika sebelum ini lagu ‘Tepi Sikit’ mengisahkan tentang perasaan tidak puas hati kepada seseorang. Kini lagu ‘#1’ mengisahkan tentang perasaan cinta dan sayang yang bukan hanya ditujukan kepada kekasih, tetapi pada apa saja yang menjadi nombor 1 di dalam hati termasuklah keluarga.

Muzik video ‘#1’ juga sudah berada di YouTube pada 19 Ogos 2015 dan dalam jangka seminggu sahaja telah mencecah melebihi 20 ribu tontonan.

Lagu dan lirik bagi lagu ‘#1’ ini telah dicipta sepenuhnya oleh Alif dan Syarif sendiri. Lagu yang berentak hip-hop & R&B ini mampu menjadikan pendengar berasa ceria dan senang untuk mengikuti rentak lagu ini. SleeQ berharap bahawa lagu “#1’ boleh memberi satu semangat dan kekuatan kepada mereka yang mendengarnya.

Matlamat SleeQ adalah untuk berkongsi dan menyebarkan muzik dan lagu mereka kepada orang ramai. Berpegang teguh dengan pendirian mereka, SleeQ tidak mahu gagal dari segi menjaga kualiti dan taraf lagu mereka, dan tidak lupa juga untuk membawa diri mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

SleeQ juga mahu dikenali sebagai kumpulan yang mempertaruhkan irama pop, hip-hop, R&B dan menjadi penghibur yang disegani di Malaysia dan Singapura.

Lagu “#1” oleh SleeQ ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Dan kini, teristimewa untuk semua peminat SleeQ dan juga Sleeqmovement, muzik video yang dinanti-nantikan iaitu “#1” nyanyian SLEEQ sudah pun berada di YouTube Warner Music Malaysia.

Lirik #1 – Sleeq

Nak tak nak percaya bahawa kau yang no 1

Tak pernah ku sangka
Tak pernah ku sangka
kau yang nombor 1
hanya kau yang dihatiku

Tak pernah ku sangka
Tak pernah ku sangka
kau yang nombor 1
hanya kau yang dihatiku

Ohhhh ohhh ohhh ohhh
berapa banyak kali
kalau untukmu
lagu apa pun tak kan basi

padaku engkau perlu
bukan tas atau baju
bukan jam atau keju
tapi sebentuk cincin hanya satu
kau perlu hanya satu dah cukup
kasihku dah cukup untuk selama

Selamanya beria punya dipinta dengan selamba
selamanya ku lindungi diri dari yang diminta kena tampar
janji kau akan hidup lebih bermakna dari *kradaaa hanya baik di ambil
dengar dengar dengan teliti
pinjam telinga Nabil

Segalanya yang ku suka engkau ada
Segalanya yang ku suka engkau ada

Tak pernah ku sangka
Tak pernah ku sangka
kau yang nombor 1
hanya kau yang dihatiku

Tak pernah ku sangka
Tak pernah ku sangka
kau yang nombor 1
hanya kau yang dihatiku

Nak tak nak percaya bahawa kau yang no 1

Kau ada aku tersenyum sahaja
Jatuh cinta saja
macam dah perkara biasa
kata-kata manis saja
tak boleh belah
Tapi apa yang aku tak pernah

Tiada sesiapa yang boleh jadi penggantimu
Kerana kau telah memiliki hatiku
Segalanya bersamamu
Ku nyanyikan lagu untukmu
hanya kamu

Tak pernah ku sangka
Tak pernah ku sangka
kau yang nombor 1
hanya kau yang dihatiku

Tak pernah ku sangka
Tak pernah ku sangka
kau yang nombor 1
hanya kau yang dihatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments