Promosi Hebat Filem Polis Evo

Sidang Media Polis Evo

Para peminat filem aksi sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Astro Shaw iaitu Polis Evo!

Bagi menghangatkan lagi bahang filem Polis Evo yang akan menjengah di layar perak pada 17 September 2015 nanti.

Astro Shaw selaku penerbit telah merangka langkah promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai.

Rangkaian promosi yang secara menyeluruh ini diharap dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan menghidupkan kembali filem tempatan setanding dengan filem luar.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?

Filem yang digarap oleh pengarah terkemuka Ghaz Abu Bakar ini bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi, Pablo Amirul, Yuzz Murai, Amerul Affendi, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Bahang Polis Evo disemarakkan lagi dengan siri jelajah daripada barisan pelakon Polis Evo. Siri jelajah mempromosikan Polis Evo ini akan diadakan di lima buah negeri bermula 28 Ogos 2015.

Lagu Tema Filem (OST) & Muzik Video Polis Evo

Salah satu promosi filem ini adalah dengan mengetengahkan OST filem yang berperanan mengangkat dan mempertaruhkan tema filem yang penuh aksi. Ianya juga secara tidak langsung memberi input kepada peminat filem mengenai inti cerita filemnya melalui kapsyen yang dipaparkan.

Lagu yang bertajuk “Evo” ini merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Audi Mok dan dinyanyikan oleh Joe Flizzow dan SonaOne.

Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang begitu dekat dengan jiwa para pendengar di Malaysia dari mula hinggalah ke minit yang terakhir. Lagu ini sesuai dengan kisah filem yang mengangkat martabat, tema kehidupan dan cabaran sebagai anggota polis.

Aplikasi Permainan Polis Evo

Astro Shaw dengan kerjasama Astro Go Play muncul dengan peranti permainan terbaru yang dinamakan sebagai Polis Evo Game. Aplikasi Polis Evo Game adalah hadiah istimewa daripada Astro Shaw buat peminat filem aksi terhebat Astro Shaw buat tahun 2015.

Objektif permainan ini adalah untuk mengukur sejauh mana karakter utama bertahan dan mengutip mata tertinggi. Permainan aplikasi ini menampilkan watak-watak yang mempunyai pelbagai fungsi penting yang membantu pemain mengatur strategi untuk menyerang pemain lain atau mendominasi markah tertinggi.

Cara bermain aplikasi percuma ini sungguh mudah. Pemain hanya perlu memilih karakter-karakter utama dalam Polis Evo dan mulakan misi untuk menumbangkan sindiket dadah.

Lengkapkan semua misi Operasi Khas untuk mendapatkan senjata dan peralatan baru. Selain itu, pemain boleh mencabar kawan mereka dalam carta kedudukan dengan selaraskan serangan atau rekrut rakan-rakan Cop.

Nantikan filem Polis Evo yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh negara, mulai 17 September 2015.

Layari laman web rasmi www.polisevo.com dan www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini.

Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #PolisEvo bagi menyemarakkan lagi bahang Polis Evo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments