Siti Nurhaliza Menyanyi Dalam Bahasa Tamil

Siti Nurhaliza Nyanyi Bahasa Tamil
Awal minggu ini, penyanyi No.1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik beberapa video beliau menyanyi dalam bahasa Tamil dan menjadi viral di Malaysia.

Video Viral ini memaparkan Datuk Siti berusaha menyanyikan lagu nyanyian A. R Rahman, Nenje Ezhu yang dipetik dari filem Mariyaan.

Menurut Astro Ulagam, Datuk Siti dijemput untuk menyanyikan lagu berbahasa Tamil sebagai salah satau usaha mempromosikan peringkat akhir pertandingan nyanyian Astro’s International Superstar 2015.

Ianya akan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 15 Ogos 2015 dan melibatkan penyertaan dari 5 buah negara pada edisi pertamanya.

Ini merupakan percubaan pertama Siti Nurhaliza menyanyi dalam bahasa Tamil. Sebelum ini beliau pernah merakan lagu dalam Bahasa Malaysia, English dan juga Mandarin.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa selebriti Malaysia dijemput untuk merakan lagu sempena International Superstar 2015. Antaranya Goldkartz, Fuying & Sam, Viveck Ji dan Gowri Arumugam. Mereka mendapat tunjuk ajar dari komposer muzik, Jay.

Ini merupakan video Esklusif Datuk Siti Nurhaliza bertutur dan menyanyi lagu dalam bahasa Tamil, Nenju Ezhu. So, apa pendapat anda?

Sama-sama kita nantikan video yang memaparkan selebriti tempatan dan International Superstar 2015!

*** Klik untuk Edisi Bahasa English ***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments