Ayda Jebat Dilantik Menjadi Duta OPPO

Ayda Jebat Duta OPPO R7 Plus
Kemunculan telefon pintar OPPO dalam muzik video pertama Ayda Jebat di YouTube, Siapa Diriku, telah mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat baru-baru ini.

Pembekal perkhidmatan elektronik dan teknologi terkemuka di dunia telah mengumumkan kerjasama rasmi dengan artis berbakat untuk muzik video pertama beliau.

Lagu ini telah dipopularkan apabila ia dijadikan salah sebuah lagu asal daripada drama terhangat, M.A.I.D.,yang telah disiarkan di Astro Ria.

Personaliti Ayda yang positif, ceria dan comel telah membawa sambutan daripada peminat-peminat yang kuat dan berdedikasi dalam tempoh masa yang singkat.

Menurut William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Electronics,

“OPPO Electronics amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan artis berbakat seperti Ayda. Personalitinya yang muda dan bertenaga beliau merupakan contoh yang terbaik kepada mereka yang sedang berusaha untuk mencapai impian mereka.

Selain imej yang positif dan personality yang menarik, Ayda merupakan personaliti yang paling sesuai untuk jenama kami.”

OPPO Electronics meneruskan usaha mereka dalam menyokong bakat dalam pelbagai bidang, dan sentiasa berusaha untuk mencari bakat baru yang boleh mewakili golongan muda yang dinamik dan inovatif.

Syarikat OPPO berharap bahawa mereka dapat menyaksikan kerjasama yang baik dengan Ayda.

Di samping itu, Ayda Jebat juga telah muncul dalam Buletin Utama TV3 pada Khamis, 17 September 2015, untuk kongsi pengalamannya dengan siri terbaru OPPO, termasuk R7 Plus, R7 dan R7 Lite.

Kerjasama dengan OPPO Electronics akan mengukuhkan kedudukan jenama OPPO di kalangan pengguna melayu.

Usaha OPPO dalam mencari kejayaan dalam pasaran Malaysia telah membuahkan hasil dengan pelancaran terbaru siri R7.

*** Klik Untuk Versi English ***

For more information, kindly contact or log on to:

OPPO Malaysia official Hotline : 1800-88-6776
OPPO Malaysia official Website : http://www.oppo.com/my/
OPPO Malaysia official Facebook : https://www.facebook.com/malaysiaoppo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments