Festival Seni dan Persembahan Melaka (MAPFest) 2015

Persembahan kesenian terbesar antarabangsa yang berlangsung di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Festival Seni dan Persembahan Melaka (MAPFest), kembali ke Melaka untuk ansuran ketujuh dari 27 hingga 29 November 2015.

Lebih daripada 35 artis tempatan dan antarabangsa akan berkumpul di sekitar kawasan Bukit St. Paul untuk mengubahkan bandar warisan tersebut kepada sebuah tapak bagi menonjolkan kesenian dalam pelbagai bidang.

Festival tiga hari tersebut merupakan acara yang percuma dan dibuka kepada semua untuk mengambil bahagian.

Festival ini telah menarik berpuluh-puluh ribu penonton asing dan tempatan ke tapak bersejarah Melaka semenjak penubuhannya di 2009. Tahun ini, artis dari Malaysia, Indonesia, Australia, Perancis, Poland, Singapura dan Rusia, akan bekerjasama untuk membentangkan persembahan seni yang berkualiti antarabangsa.

Ini termasuk tarian, seni persembahan, pemasangan seni visual, filem dan muzik.

Poster Melaka Art & Performance FestivalMAPFest 2015 akan memaparkan komponen khusus yang baru seperti Cerita Pendik, Seni Visual Pemasangan, tayangan filem, forum dan bengkel seni.

Tarikan utama yang lain termasuk kerjasama antara artis-artis seperti ‘Eulogy for The Living’, program MAPPING, seni halus dan paparan seni kontemporari di galeri-galeri tempatan Melaka, dan Festival Seni Kanak-Kanak yang akan berlangsung di SMK Canossa Convent Malacca.

MAPFest 2015 diarahkan dan dihasilkan oleh Tony Yap sebagai Pengarah Kreatif Festival.

Beliau pernah menjadi artis persembahan di Teater IRAA dari 1989 ke 1996, dan telah mengukuhkan kerjayanya di Australia dan peringkat antarabangsa.

Ini termasuk Festival Agamemnon, Colline Torinese di Itali dan The Trojan Woman di Festival Seni Antarabangsa Vienna. Sebagai Pengarah Artistik untuk Mixed Company (kini Syarikat Tony Yap) pada tahun 1993, beliau telah membuat komitmen untuk meneroka dan mencipta tarian individu teater dalam bahasa psy-fizikal, tarian trance yang berunsurkan bomoh Asia, Suara Butoh dan reka bentuk visual.

MAPFest 2015 merupakan festival yang diilhamkan dan dihasilkan oleh Art & Performance Festival Melaka Sdn Bhd, dimulakan oleh E-Plus Entertainment Productions, dan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Tahun Melawat Malaysia 2015, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bandar Warisan Malaysia, Syarikat Tony Yap, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Suruhanjaya Tinggi Australia, Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kedutaan Perancis, Alliance Français de Kuala Lumpur, Estadia oleh Hatten dan Institut Français.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai MAPFest 2015, sila layari:

Laman Web : www.melakafestival.com
Facebook : Melaka Art & Performance Festival
Instagram : @mapfest

*** Klik Untuk Versi English ***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments