JoHaRa Bakal Takluki Perak

Kira-kira 3,000 orang hadir ke lokasi pertama Jajahan JoHaRa di Seremban Prima Mall Sabtu lalu.

Ia dimulakan dengan aktviti menjawab kuiz berkenaan JoHaRa dan KFC Ayam Masak Merah Jumbo Rice di mana para penonton dapat membawa pulang hadiah istimewa daripada stesen radio tersebut.

Jajahanjoharakfc

Apa yang istimewanya tentang Jajahan JoHaRa ini, permainan signature bagi JoHaRa pagi ERA seperti Ayat Penyata dan Soal Menyoal yang kerap dimainkan pada setiap pagi di corong radio turut diadakan dimana para penonton bertuah berpeluang untuk bermain permainan tersebut bersama-sama penyampai radio pilihan mereka.

Jajahan JoHaRa bersama KFC di Negeri Sembilan turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Drama Band, Azhael, Awi Rafael dan LawaNieGang dengan dendangan beberapa buah lagu hits mereka. Warga Seremban sangat sporting apabila mereka turut bersama-sama menyanyikan lagu bersama artis kegemaran.

Bagi yang terlepas peluang untuk ke Jajahan JoHaRa di Seremban, jangan risau kerana JoHaRa akan menawan lokasi kedua di Kerian Sentral Mall, Perak jam 3 petang pada 5 September ini. Trio penyampai radio ini akan turut disertai oleh Ayda Jebat, Elizabeth Tan, Sleeq dan Ir Radzi.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan ingat temujanji bersama Johan, Hanif dan Ray di Kerian Sentral Mall pada hujung minggu ini!

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments