Menang RM10,000 Bersama #WONDAERAFM

ERA fm dan pihak Kopi Wonda kini bergabung menjadi WONDAERAFM dan mempersembahkan sebuah kumpulan lelaki terbaru iaitu KOPIKAT yang terdiri daripada Ori, Latte dan Mocha!

Mereka juga turut menjadi tetamu jemputan bersama JoHaRa Pagi ERA harini sempena Hari Kopi Antarabangsa.

Peluang memenangi wang tunai lumayan! WONDAERAFM turut memberikan hadiah utama RM 10, 000 kepada pendengar mereka dan mengajak semua penggemar kopi untuk sama-sama meraikan hari istimewa ini dengan menyertai sebuah peraduan menarik sepanjang minggu ini.

Menang RM10,000 Bersama #WONDAERAFM

Pendengar hanya perlu memuat naik gambar di akaun media sosial media anda.

Gambar yang di muat naik haruslah yang paling kreatif dan menunjukkan anda sedang meraikan Hari Kopi Antarabangsa sama ada melalui akaun facebook, twitter atau Instagram.

Seterusnya, pastikan anda mengambil gambar tersebut bersama sebuah botol tin minuman kopi Wanda dengan menggunakan hashtag #WONDAERAFM bermula 29 September sehingga 4 Oktober 2015. Penyertaan yang paling kreatif bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM 10, 000!

Hari Kopi Antarabangsa

Sebagai kesinambungan pelancaran sulung sambutan Hari Kopi Antarabangsa pada 2014,

Wonda Premium Coffee sekali lagi mendahului di dalam meraikan hari berkenaan di peringkat kebangsaan tahun ini dengan tawaran eksklusif, peraduan dan pelbagai lagi aktiviti berkaitan kopi untuk meraikan satu daripada minuman ringan kegemaran ramai ini.

Hari Kopi Antarabangsa disambut sebagai acara tahunan di kebanyakan negara selepas pertama kali diraikan di Jepun pada 1983. Dengan langkah utama yang dilakukan oleh jenama kopi ini untuk mempromosi Hari Kopi Antarabangsa di Malaysia tahun ini, antara sumbangan Kopi WONDA adalah melibatkan antaranya cetakan kreatif, kempen siaran dan media sosial, hebahan stesen radio, sesi pensempelan serta banyak lagi aktiviti di lokasi.

Dapatkan maklumat lanjut tentang peraduan #WONDAERAFM di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments