Polis Evo Filem Malaysia Penuh Aksi Hebat

Gabungan mantap Shaheizy Sam dan  Zizan Razak sebagai peneraju utama Filem POLIS EVO bakal menggegarkan Industri perfileman Malaysia.

Filem  bergenre Aksi ini yang mengisahkan dua orang anggota polis,  Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan  Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus berkerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Pelokon Utama Polis Evo Inspektor Khai (Shaheizy Sam) , Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Anis (Nora Danish)
Pelokon Utama Polis Evo Inspektor Khai (Shaheizy Sam) , Inspektor Sani (Zizan Razak) dan Anis (Nora Danish)

Inspektor Khai (Shaheizy Sam) merupakan seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu.

Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini di Kuala Lumpur, namun Inspektor Khai harus bekerjasama dengan Inspektor Sani yang bertugas di Terengganu. Ini adalah  kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya iaitu Terengganu.

Kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Inspektor Khai merupakan seorang yang tegas & sering bertindak tangkas manakala  berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur & protokol.  Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.

Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Berjayakah Inspektor Sani dan Inspektor Khai menyelamatkan keluarga Inspektor Sani dan menyelesaikan misi mereka bersama?

Mari saksikan tayangan umum mulai 17 November 2015 di pawagam berhampiran anda. Filem yang menjanjikan kepuasan anda dari pelbagai sudut termasuk sistem audio yang baik .

Barisan pelakon-pelakon dan pengarah Filem Polis Evo semasa malam pra tonton Polis Evo di GSC Pavillion Kuala Lumpur pada 2 September 2015
Barisan pelakon-pelakon dan pengarah Filem Polis Evo semasa malam pra tonton Polis Evo di GSC Pavillion Kuala Lumpur pada 2 September 2015
Blogger iena eliena dan Helena bersama Pelakon utama Filem Polis Evo, Shaheizy Sam yang memegang watak Inspektor Khai semasa Malam Pra Tonton Polis Evo
Blogger iena eliena dan Helena bersama Pelakon utama Filem Polis Evo, Shaheizy Sam yang memegang watak Inspektor Khai semasa Malam Pra Tonton Polis Evo

Nantikan filem Polis Evo yang akan menemui para penonton melalui pawagam di seluruh negara, mulai 17 September 2015.

Layari laman web rasmi www.polisevo.com dan www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments