Setia – Elizabeth Tan ft Faizal Tahir

Setelah berjaya dengan single pertamanya, Elizabeth Tan kini muncul untuk single kedua yang bertajuk ‘Setia’. Kali ini, Elizabeth mempertaruhkan muzik yang berentak pop ballad gandingan bersama sifu beliau iaitu Faizal Tahir.

Faizal Tahir bukanlah nama yang asing dalam arena industri muzik tempatan.

Pada hujung tahun 2014 Faizal telah menghasilkan single terbaru beliau yang berjudul ‘Assalamualaikum’ yang telah membawa Faizal kembali ke persada muzik tanah air setelah hampir 2 tahun mendiamkan diri.

Ternyata comeback Faizal dengan lagu ‘Assalamualaikum’ menjadi kerana Faizal kini sering mendapat pelbagai tawaran persembahan dan tidak lari juga tawaran sebagai komposer dan penerbit lagu.

Setia Elizabeth Tan ft Faizal Tahir

Pertama kali mendengar lagu ‘Setia’ nyanyian Elizabeth Tan gandingan bersama Faizal Tahir ini pasti membuatkan anda terus jatuh hati dengan lagu ini.

Memang tidak menghampakan apabila lirik yang ditulis ini mampu memberi kesan kepada mereka yang mendengarnya. Lagu ‘Setia’ ini secara keseluruhannya adalah luahan rasa cinta yang muncul hanya untuk kekasih hatinya dan ingin hidup bahagia bersama untuk selamanya.

Lagu ‘Setia’ ini telah dicipta sepenuhnya oleh Faizal Tahir, Mike Chan dan juga Ezra Kong. ‘Setia’ baru sahaja dilancarkan pada bulan Jun yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong-corong radio dan kini sudah mula mengungguli carta radio tempatan.

Lirik video bagi lagu ‘Setia’ ini juga tidak kurang hebatnya apabila mendapat hampir 1 juta tontonan dalam masa 1 bulan sahaja.

Susunan lagu ‘Setia’ yang indah ini juga tampak sempurna apabila dilengkapi dengan gaya sebutan dan juga tone suara Elizabeth yang disifatkan unik.

Elizabeth dan Faizal juga baru sahaja selesai penggambaran untuk muzik video ‘Setia’ dan dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Selain itu, lagu ini juga turut menjadi lagu tema bagi slot Akasia TV3, ‘Mencintaimu’ yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson yang mula ditayangkan pada 19 Ogos 2015 lalu.

Lirik Lagu Setia – Elizabeth Tan feat. Faizal Tahir

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu?
Maafkan andai
mengganggu lenamu

Andai pernah melukakan
Maafkan ku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu takkan mudah

Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Andai hatimu berubah
Pasti ku cuba fahami
Tetap ku melangkah terus berani

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku
Mungkin tak sempurna
Kau dan aku
Tahu tak semudah

Kau dan aku
Mahukan sempurna
Kau dan aku
Mengharap bahagia
Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia

Kau dan aku
Mengharap bahagia

Setia aku
Demi dirimu
Setia aku
Hanya padamu

Setiaku demi dirimu
Setiaku hanya padamu

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments