Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

Rakyat Malaysia kini boleh menonton rancangan-rancangan hebat pada bila-bila masa dengan penawaran terbaru Astro, On Demand (OD).

Astro memperkenalkan cara terbaru menikmati hiburan, di mana setiap dari rakyat Malaysia kini berpeluang untuk memilih rancangan kegemaran mereka dan menontonnya serta merta di TV dan juga di alat peranti.

Astro Memperkenalkan Hiburan On Demand

OD yang diperkenalkan Astro ini membolehkan rakyat Malaysia menentukan sendiri pengalaman tontonan TV masing-masing – daripada pilihan kandungan sehinggalah bagaimana dan bila mereka mahu menonton rancangan tersebut.

Kepelbagaian pilihan kandungan termasuklah filem pecah panggung yang terhebat dan terkini, dan memiliki akses ke atas keseluruhan episod lengkap sesebuah siri TV yang digemari mampu menarik minat individu-individu berbeza dari setiap isi rumah.

Kini, selain dari saluran TV linear yang sedia ada, setiap individu dari setiap isi rumah boleh menentukan sendiri pengalaman tontonan siri-siri TV dan filem-filem kegemaran mengikut kepada keselesaan masing-masing.

Pelanggan Astro boleh mendapatkan perkhidmatan OD menerusi dekoder PVR yang disambungkan kepada Internet di rumah, ataupun menerusi aplikasi Astro on The Go (AOTG) di telefon pintar, laptop ataupun tablet masing-masing, dengan pilihan yang pelbagai demi menepati keperluan dan bajet yang berbeza-beza.

Bagi para pengguna yang tidak melanggani pakej Astro, mereka masih boleh menikmati kandungan OD menerusi AOTG.

Turut diperkenalkan adalah satu fungsi baru muat turun AOTG yang kini boleh digunakan, di mana rancangan-rancangan boleh dimuaturun ke peranti mudah alih untuk tontonan di luar talian.

OD menawarkan tiga pilihan unik yang bersesuaian dengan setiap bajet dan juga pilihan tontonan.

Pelanggan Astro yang menyambung PVR mereka ke Internet sebelum 31 Januari 2016 akan menikmati akses percuma selama 3 bulan kepada kandungan OD Plus. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments