Ceria All Stars – Pencarian Bakat Cilik

Astro meneruskan misi pencarian bakat-bakat cilik tanahair menerusi sebuah rancangan realiti terbaru, Ceria All Stars.

Menerusi saluran yang didedikasikan khas untuk kanak-kanak, Astro Ceria sekali lagi tampil dengan konsep baru yang lebih segar dalam meneruskan usaha mereka mengenengahkan bakat-bakat anak muda di Malaysia.

Bertitik-tolak dari kejayaan Ceria Popstar dan Ceria Superstar sebelum ini dalam menonjolkan bakat nyanyian dan tarian adik-adik cilik kita, Ceria All Stars membuka peluang lebih luas lagi dalam mempamerkan kepelbagaian bakat generasi muda tanahair melalui formatnya yang lebih terbuka.

Ceria All Stars

Ceria All Stars mempunyai misi penting bagi mengupas bakat-bakat luar biasa yang ada di Malaysia. Peserta boleh hadir ke sesi ujibakat Ceria All Stars dan menampilkan apa sahaja bakat yang mereka ada.

Tidak kira dari genre apa sekalipun, Ceria All Stars bersedia memberikan peluang buat adik-adik kita ini mempamerkan kelebihan masing-masing. Dari nyanyian sehinggalah lakonan, aksi akrobatik dan kelincahan di pentas tari, ketangkasan dalam seni mempertahankan diri seperti karate dan taekwondo, silap mata mahupun kemahiran bermain alat muzik; semuanya dijemput menghadiri ujibakat ini.

Pendek kata, apa sahaja bakat yang unik dan menarik! Ujibakat akan diadili selebriti-selebriti ternama yang akan memilih 20 calon yang akan layak ke peringkat seterusnya. Inilah masanya untuk menyerlahkan bakat terpendam adik-adik!

Syarat- Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke bawah;
  2. Penyertaan individu ataupun berkumpulan tidak melebihi 10 orang;
  3. Bebas dari sebarang kontrak;
  4. Bawa bersama salinan kad pengenalan atau surat beranak berserta dokumen asal;
  5. Gambar profil berukuran 3R / 4R; dan
  6. CD Minus One/ Lagu sendiri bagi persembahan berkaitan muzik.

Jadual Ujibakat Ceria All Stars

17 & 18 Oktober 2015 ( 10.00 pagi – 4.00 petang )

Lokasi :-

  • AEON AU2 Keramat, Kuala Lumpur
  • Kompleks Megamall, Pulau Pinang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments