Da’i – Fuad Bangkit, Luqman Hampir Tersingkir

7 minggu telah berlalu, Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga pantas memasuki pusingan suku akhir malam ini.

Hanya tinggal empat peserta daripada kumpulan Ar-Rijaal dan An-Nisaa’ iaitu Da’i Luqman, Da’i Fuad, Da’i Hamidah dan Da’i Hidayu.

Persaingan pastinya menjadi lebih sengit pada malam ini apabila mereka perlu merebut tempat ke separuh akhir yang akan berlangsung minggu hadapan.

Da’i - Fuad Bangkit, Luqman Hampir Tersingkir

Anak-anak didik Murabbi Ustaz Elias Ismail dan Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah yang lebih mesra dipanggil Umi ini sekali lagi perlu menyampaikan tazkirah pendek yang diiringi musik akustik oleh kumpulan UNIC & The Muhibbain dengan tema kekeluargaan.

Meneruskan dakwah malam itu ialah Da’i Luqman yang menyentuh soal amanah terhadap anak tiri. Rata-rata juri meletakkan harapan tinggi terhadap penyampaian Luqman kali ini. Gaya yang ringan dan bersahaja memang menjadikan Da’i Luqman mudah disukai. Namun pendekatannya itu juga dipersoal kerana ketika ini merupakan fasa suku akhir. Malah Ustaz Kazim selaku mursyid turut memberi komen tentang kekecewaan beliau.

Persembahan Da’i Luqman telah meletakkan beliau di tangga terakhir dan hampir disingkirkan. Namun Ustaz Kazim memberikan peluang kedua dengan cara membenarkan Luqman menjawab soalan secara rawak daripada penonton di studio. Da’i Luqman yang menjawab persoalan mengenai solat sunat Dhuha diberikan kesempatan untuk bertanding di separuh akhir minggu hadapan.

Malam itu menyaksikan kecemerlangan penyampaian padat mengenai topik “Di Ambang Mukallaf” oleh Da’i Fuad. Huraian yang tepat dan bertenaga telah mendapat komen positif para juri dan disifatkan sebagai terbaik. Tidak ketinggalan ialah Da’i Hamidah yang tetap santai menyentuh soal hubungan di antara mentua dan menantu perempuan.

Minggu hadapan arena Da’i bakal bertambah sengit kerana para juri meletakkan harapan yang tinggi terhadap persembahan mereka. Mungkinkah terdapat kejutan lebih daripada para Da’i. Adakah mereka masih mengalunkan lagu-lagu nasyid demi mendapat perhatian juri? Persoalan itu bakal terjawab pada minggu seterusnya.

Undian boleh dibuat di laman web rasmi Da’i musim ketiga ini iaitu www.tv3.com.my/dai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments