ERA fm Temukan Keluarga 24 Tahun Berpisah

Ikatan kasih sayang dalam sesebuah keluarga itu ibarat air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah kisah seorang pendengar ERA fm yang menyampaikan hasrat beliau melalui laman sosial ERA fm untuk bertemu dengan keluarga kandungnya yang kini berada di Sarawak.

Nur Shahada Binti Adenan berumur 24 tahun, yang juga mempunyai 2 orang anak telah memberikan satu komen di instagram ERA fm.

Permintaan yang dilakukan oleh Nur Shahada mendapat perhatian sepenuhnya oleh pihak ERA fm.

Memandangkan beliau yang kini menetap di Kota Marudu Sabah, pihak ERA fm Sabah terpanggil untuk bergabung bersama ERA fm Sarawak untuk menghubungi Nur Shahada bagi mendapatkan maklumat selanjutnya mengenai kehidupan yang terpisah dengan keluarga kandungnya yang kini berada di Sarawak selama 24 tahun.

ERA fm Temukan Keluarga 24 Tahun Berpisah

Minggu lalu, pihak ERA fm Sabah akhirnya berjaya menemubual Nur Shahada di konti mereka. Suasana syahdu melanda konti ERA fm Sarawak apabila Nur Shahada mendapat kejutan dari pihak ERA fm Sarawak yang membawa keluarganya ke konti pada hari tersebut.

Shahada seorang surirumah, merupakan anak bongsu dari 11 orang adik beradik , dan beliau kini sudah pun berkahwin dan mempunyai anak yang berumur 3 tahun dan 5 tahun.

Kisahnya, sejak dari lahir Nur Shahada serta adik beradiknya yang lain telah berpisah dengan ibu bapa kandungnya yang mempuyai 11 orang anak disebabkan faktor keluarga yang tidak berkemampuan. Beliau yang selama ini dijaga oleh keluarga angkatnya sentiasa menyimpan hasrat untuk bertemu dengan keluarga kandungnya.

Sebelum ayah angkatnya meninggal dunia, ayah angkatnya telah berpesan supaya Shuhada mencari bapa kandungnya

Pada hari Jumaat lalu juga, Shahada telah ditemukan dengan keluarga kandungnya semasa beliau sedang ditemubual oleh penyampai ERA fm Sarawak Osha dan Opie. Perasaan Shahada ketika itu sangat teruja dan terkejut apabila mendapat sebuah kejutan yang amat bermakna sepanjang hidupnya.

Beliau mengucapkan jutaan terika kasih kepada stesen ERA fm S yang mengambil inistiatif untuk melangsaikan permintaannya itu yang hanya dilakukan melalui Instagram ERA fm.

Peranan ERA fm sebagai sebuah stesen radio yang memberikan informasi terkini serta memberikan hiburan dan isi kandungan yang menarik buat pendengarnya, mendapat pujian dari pelbagai pihak.

Pihak ERA fm Sabah dan Sarawak juga menganggap perkara sebegini yang dilaksanakan tanpa ada perancangan pada awalnya, tetapi masih dapat memenuhi kehendak dan permintaan pendengar mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments