Oh My English! Class of 2015

Oh My English! Class of 2015 kembali menemui penonton mulai 1 November ini dengan jalan cerita yang lebih menarik berkisarkan persahabatan, tahun akhir persekolahan dan juga masa depan.

Episod baharu Oh My English ini akan disiarkan di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang bermula 1 November 2015

Oh My English Class of 2015 kali ini mengangkat tema persahabatan, tahun akhir persekolahan dan masa depan sebagai tarikan utama.

Persahabatan yang kukuh dapat dilihat menerusi ikatan yang dibina antara pelajar kelas 5 Merah yang juga merupakan pelajar tahun akhir sekolah tersebut. Kini sudah tiba masanya mereka memikirkan perancangan masa depan masing-masing.

Apabila mereka meninggalkan SMK Ayer Dalam sesudah tamat sesi persekolahan, kenangan manis dan memori bersama sahabat-sahabat lain pastinya menjadi ingatan terindah ketika mereka meneruskan kehidupan.

Oh My English 2015

Oh My English! Class of 2015

Episod baharu bermula dengan kisah pelajar-pelajar 5 Merah merindui cikgu Bahasa Inggeris kegemaran mereka, Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) yang memilih untuk terus mengajar di SK Dalam Ayer yang terletak di sebuah kawasan terpencil di Malaysia.

Bukan itu sahaja, , malah See Yew Soon (Roax Tan), Mazlee (Zhafir Muzani), Anusha (Kaameshaa a/p Ravindran), Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin) dan Taylor (Juliana Evans) kini terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris dengan guru Bahasa Inggeris baharu, Miss Nurul (Cristina Suzanne).

Ketika asyik menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, mereka juga berdepan dengan dilema membuat keputusan memilih haluan karier masing-masing.

Sementara itu, guru-guru di SMK Ayer Dalam juga berhadapan dengan cabaran dan perjalanan penuh emosi mereka yang tersendiri. Apakah perasaan Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) apabila mengetahui Mr Middleton akan terus mengajar di SK Dalam Ayer?

Bolehkah Cikgu Bedah (Sherry Al-Hadad) menyesuaikan diri dengan Sarjan (Rahim R2) selepas perkahwinan mereka? Benarkah Miss Soo dilamun cinta dengan kehadiran jejaka tampan lagi budiman lakonan Shaheizy Sam yang buat pertama kalinya tampil dalam Oh My English?

Sebanyak 10 episod bakal memeriahkan musim terbaru Oh My English! Musim terbaharu Oh My English ini menjanjikan lebih banyak keriangan, kejutan dan kaedah baharu untuk memperkasa penguasaan bahasa Inggeris anda.

Episod baharu Oh My English! Class of 2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Maya HD (saluran 135), setiap Ahad, 6.30 petang, mulai 1 November 2015. Untuk melanggan Astro, hubungi di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.

Oh My English! Friendship Awards

Peminat rancangan ini dijemput bersama-sama meraikan persahabatan dalam Oh My English musim ini melalui kempen istimewa ‘Friendship Awards’. Mereka boleh menghantar foto yang diambil bersama sahabat karib masing-masing untuk memenangi kit persahabatan Oh My English yang cukup eksklusif.

Kempen ini bertujuan untuk membuka peluang para peminat Oh My English menyatakan penghargaan mereka kepada sahabat masing-masing.

Maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh didapati melalui https://www.facebook.com/OhMyEnglish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments