The House – Tampil Trio Beradik Maembong

Trio Beradik Maembong – Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong sudah tidak asing lagi di dalam industri hiburan. Malah, mereka mempunyai pengaruh yang kuat di media massa terutamanya di jaringan media sosial.

Melihat kepada populariti yang mereka miliki, Astro tampil dengan program ‘THE HOUSE’ yang bakal memikat hati para penonton & peminat yang pastinya berasa teruja untuk mengenali mereka dengan lebih dekat.

Trio Beradik Maembong - Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong

Menerusi THE HOUSE, para peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Para peminat juga dapat mengenali selebriti kesayangan mereka dengan lebih dekat dan menyaksikan segala gelagat dan aktiviti mereka yang mungkin tidak pernah dikongsi dengan masyarakat umum sebelum ini.

Sepanjang mereka berada di dalam THE HOUSE, pelbagai cabaran yang akan diberikan untuk menghasilkan suasana yang menarik dan bermanfaat untuk ditonton oleh masyarakat. Setiap episod akan memberikan nilai-nilai murni kekeluargaan dan kemanusian kepada penonton dan juga keluarga artis itu sendiri.

Bagi episod pertama, saksikan gelagat Emma, Yaya dan Chacha Maembong membuat persiapan untuk tinggal di sebuah rumah yang disediakan buat mereka bertiga. Mereka bertiga mempunyai sikap yang berbeza di mana Yaya seorang yang rajin dan pandai memasak, Emma pula seorang yang agak lasak dan suka menonton program gusti luar negara, World Wrestling Entertainment (WWE), manakala Chacha seorang yang manja dan sempoi.

Gamat dibuatnya apabila mereka menarik rambut dan membuli adik bongsu mereka. Mampukah mereka yang berbeza karektor ini duduk sebumbung untuk hari pertama?

Jangan lupa saksikan program menarik THE HOUSE sepanjang 10 episod yang bakal disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang bermula 28 Oktober 2015 dan diikuti dengan siaran televisyen yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam bermula 2 November 2015.

Selamat menonton!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments