Iris TV3 – Abang Sado Jemur Kain

Zaman kini, ramai artis tanah air yang membuka perniagaan sendiri untuk menjana pendapatan kedua selain dari berlakon. Begitu juga Shah Jaszle yang membuka sebuah kedai haiwan kerana terlalu mengasihi haiwan.

Servis istimewa yang disediakan di kedai Shah Jaszle ini adalah mencari haiwan yang hilang selain menjual pelbagai jenis haiwan peliharaan, terutamanya kucing.

Namun, tanpa disangka dia telah menyalahgunakan badannya yang sasa dengan mengambil upah daripada samseng-samseng untuk memperolehi pendapatan puluhan ribu.

Itulah sikap dan perwatakan sebenar Shah Jaszle menerusi drama bersiri, ‘Abang Sado Jemur Kain’ dalam slot Iris di TV3 bermula 16 November 2015 ini.

Sinopsis Drama Abang Sado Jemur Kain

Abang Sado Jemur KainDrama 20 episod ini mengisahkan Marzuki (lakonan Shah Jaszle), Budin dan Riduan (lakonan Cat Farish dan Lan Siro) yang telah membuka tempat penjagaan haiwan.

Satu hari, kedai haiwan Marzuki didatangi seorang wanita Cina yang kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta bantuan Marzuki untuk menguburkan kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.

Pada sebelah malam ketika dalam perjalan ke rumah, Marzuki bertembung dengan sekumpulan pemuda yang sedang membelasah seorang lelaki. Marzuki mengenali lelaki yang dibelasah itu sebagai Idrus lalu membantu menyelamatkanya.

Menurut Idrus, budak-budak itu yang memukulnya itu adalah samseng jalanan yang mencuba untuk merompaknya.

Setibanya dirumahnya, Marzuki disambut oleh isteri tercinta bernama Elyana (Janna Nick) dan anak lelakinya Amir. Marzuki berasa amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia.

Ibu mertuanya, Mariam (Kartina Aziz) juga turut menjaga kebajikan anak menantunya dengan menyediakan makan malam. Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan dengan satu panggilan. Ianya adalah daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya.

Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu kawannya dan ini membuatkan hati ibu mertuanya tidak keruan.

Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam.

Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng. Dino kecewa apabila Marzuki tidak dapat membantunya kerana dia telah bersara daripada menjadi samseng.

Bagaimana Dino ingin menyelamatkan diri sendiri? Adakah Dino berjaya memujuk Marzuki untuk menyelamatkannya daripada kumpulan samseng yang mengejarnya itu?

Ikuti kisah Marzuki dalam drama bersiri 20 episod yang mempertaruhkan pelakon-pelakon hebat seperti Shah Jaszle, Janna Nick, Cat Farish, Lan Siro, Idris Khan, Ammar Alfian, Afzan, dan Kartina Aziz ini.

Semuanya terjawab dalam drama bersiri Iris : “Abang Sado Jemur Kain” pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang nanti hanya menerusi saluran 103 (TV3).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments