Minggu Setiausaha bersama ELLA

Ratu Rock Negara, ELLA bersama penganjur utama, Ben Jawi Entertainment akan meraikan Minggu Setiausaha buat pertama kalinya pada 27 April 2016 (Rabu), bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali pertama beliau mengadakan Minggu Setiausaha.

Tidak pernah terlintas langsung difikiran beliay untuk beraksi di Minggu Setiausaha dan kini sampai masanya untuknya menyahut cabaran ini. Lebih istimewa, cabaran itu datang dari suami beliau sendiri.

Minggu Setiausaha bersama ELLA
Man Kidal (dari kiri), Azhar, Ella dan Edry Hashim akan terlibat dalam Minggu Setiausaha pada April 2016

Harga Tiket Minggu Setiausaha ELLA

Tiket Minggu Setiausaha ELLA akan mula dijual bermula pada Januari 2016.

Harga tiket serendah harga RM400 sementara tiket termahal RM800 seorang, merupakan percaturan paling rock dan eksklusif yang pernah dilakukan oleh ELLA.

Tiga jenis tiket yang dijual ialah Platinum (RM400/seorang), Diamond (RM600/seorang) dan VIP (RM800/seorang). Tiket-tiket boleh ditempah secara individu atau kumpulan menerusi tempahan meja, di talian hotline +60 11 1633 4041.

Harga yang tawarkan adalah termasuk GST.

Selain dari itu, ELLA juga membuka peluang kepada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu yang berminat untuk menaja konsert Minggu Setiausaha ELLA.

Pengurusan ELLA ada menyediakan pakej-pakej istimewa untuk penaja-penaja berminat dan mereka boleh berurusan secara terus dengan pengurusan ELLA untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej istimewa itu. Tiga pakej yang diperkenalkan iaitu pakej Emerald, Sapphire dan Topaz.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan tarikh `istimewah’ Minggu Setiausaha bersama ELLA bersama penganjur utama, Ben Jawi Entertainment buat pertama kalinya pada 27 April 2016 (Rabu), selama dua jam tanpa henti bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur bermula jam 12.00 tengahari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments