Selebriti Malaysia Sahut Cabaran #CiliPadiChallenge

Cabaran #CiliPadiChallenge bakal diperkenalkan sempena acara #KAMIBERSAMAMU sebuah festival amal yang bakal berlangsung pada Sabtu, 19 Disember, 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Esplanade, Alamanda, Putrajaya.

Cabaran ini mengajak orang ramai mengunyah cili padi dan mencabar kenalan mereka.

Sekilas cabaran itu nampak mudah, namun disebaliknya ada mesej ringkas yang cuba disampaikan iaitu ‘tak rasa, tak tahu’.

Selebriti Malaysia Sahut Cabaran #CiliPadiChallenge

Malah sejak November lepas, ramai yang mula menyahut cabaran itu sebagai tanda sokongan terhadap kempen #KAMIBERSAMAMU. Festival itu menyasarkan kutipan buat Tabung TV3 Bersamamu agar objektif utamanya untuk membantu insan-isan yang memerlukan di Malaysia dapat diteruskan.

Antara personaliti Media Prima Berhad yang telah pun mencuba cabaran itu adalah Ally Iskandar, Hazrena Kasim, Nisa Aznan, Nurul Fariha Onn, Faizal Ismail, Abu Talib Husin, Fizo Omar, Saiful Nizam, Haziq Hot FM dan ramai lagi.

Manakala artis-artis terkenal tanah air seperti Jaclyn Victor, Zara Zya, Nurul Depp, Umie Aida, Ning Baizura, Hazama, Akim, Shah Iskandar, Black, Nana Mahazan, Sarah Fazny, Jaafar Onn turut menyokong usaha viral video untuk tujuan kesedaran kempen #KAMIBERSAMAMU.

Dalam masa yang sama, masih ramai lagi yang belum menunaikan cabaran itu di kalangan rakan artis. Selain personaliti dan selebriti, orang ramai juga telah mengambil inisiatif untuk cabaran ini. Diramalkan semakin ramai selebriti yang bakal menyahut cabaran itu dari semasa ke semasa.

#KAMIBERSAMAMU bakal menyajikan pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, lelongan barangan peribadi selebriti, konsert #KAMIBERSAMAMU, sesi ramah mesra dan aktiviti permainan dan hiburan sambil memberi peluang kepada para pengunjung untuk beramal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments