#AJL30 Cecah 6.2 Juta Penonton

Malam kemuncak di acara muzik paling berprestij Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) memberikan impak dan kekal sebagai rancangan yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia apabila ratings rancangan anugerah itu mencecah hampir 6.2 juta penonton (sumber: Nielsen).

Manakala di Stadium Malawati, Shah Alam, lebih 8,000 orang menonton secara langsung dari dalam stadium dan dari sebuah ruang khas yang disediakan berdekatan acara Karpet Merah Jambu.

Malah lima buah dewan panggung wayang penuh dihadiri pengguna tonton dan para selebriti terkenal di Golden Screen Cinemas (GSC), Pavilion, Kuala Lumpur bagi menyaksikan AJL30 yang disiarkan secara langsung selama tiga jam bermula 9.00 malam pada 24 Januari 2016, Ahad yang lalu.

Akim & The Majistret Juara AJL30

Anugerah Juara Lagu 30 telah dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh sebagai penaja utama rancangan anugerah tersebut.

Meraikan ’Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL’ dan membawakan tema 3 Dekad Mencipta Fenomena, sememangnya keunggulan Anugerah Juara Lagu sebagai acara pembuka tirai tahunan tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya yang sentiasa dinantikan para peminat muzik tempatan.

Ganjaran wang tunai ialah RM50,000 untuk Juara Lagu, RM35,000 bagi Naib Juara dan RM20,000 untuk tempat ketiga. Manakala Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing akan menerima ganjaran RM12,000. Kesemua para pemenang ini juga akan menerima trofi Anugerah Juara Lagu.

Keputusan Rasmi Anugerah Juara Lagu (AJL30)

1.Juara Lagu
Lagu: Potret
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim
Lirik: Kamar Empayar

2.Naib Juara
Lagu: Assalamualaikum
Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok
Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong, Audi Mok

3.Tempat ke-3
Lagu: Hanya Namamu
Penyanyi: Caliph Buskers
Komposer: Edry Abdul Halim

4.Persembahan Terbaik
Lagu: Potret
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim
Lirik: Kamar Empayar

5.Vokal Terbaik
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Lagu: Tak Pernah Menyerah
Komposer: Akid
Lirik: Poji Samad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments