Azwan Ali Disaman Kutuk Iklan Kicap Tirana

Kes Saman Azwan Ali Kicap Tirana
Kerana memuat naik video dengan kapsyen berunsur fitnah beserta kata-kata yang mampu memburukan imej produk dan syarikat, Azwan Ali bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Ini dinyatakan sendiri oleh Dr Hilmi Murad Mohamed, pemilik Tirana Products Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar kicap yang mendakwa Azwan mengeluarkan kenyataan dan video yang bersifat fitnah terhadap produk syarikat tersebut di laman sosial miliknya.

Kredit gambar : www.freemalaysiatoday.com

Pihak Tirana Products Sdn Bhd bertindak mengeluarkan surat tuntutan kenyataan-kenyataan fitnah dan tidak benar yang telah dilemparkan ke atas produk syarikat tersebut iaitu Kicap Tirana.

Surat tersebut telah pun diberikan kepada pihak Mohamed Azwan bin Ali bertarikh 13 Januari lalu yang diwakili oleh peguam Adnan Bin Seman @ Abdullah.

Antara lain, syarikat ini berhasrat agar selebriti tersebut menghentikan fitnah dan kenyataan tidak benar ke atas kicap perusahaan syarikat mereka, Tirana Product Sdn Bhd.

Tindakan Azwan mampu memberi impak buruk kepada syarikat dan berharap beliau dapat mengambil langkah untuk menjernihkan kembali keadaan.

Iklan Komersial Kicap Tirana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments