Konsert 20 Tahun Sheila On 7 di Malaysia

Sheila On 7 20th Anniversary - Live Concert in Malaysia 2016
Bersempena dengan ulangtahun ke 20 penubuhan Sheila on 7 maka mereka bakal menyambutnya di Malaysia pada 27 March 2016 ini.

Konsert atas nama “Teman, Sahabat & Cintaku” ini bakal melakarkan sebuah lagi kenangan klasik dan anugerah terindah yang pernah dimiliki Sheila Gank.

Ia pastinya akan memberikan dimensi baharu kepada S07 sendiri yang sudah jarang mengadakan konsert berskala besar.

Jika ada yang masih ingat beberapa lagu yang dihasilkan oleh SO7 masih tertanam dalam ingatan peminat di sini seperti Dan, Sephia, Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi yang masih berpengaruh ke hari ini.

Sepanjang pembabitan SO7, mereka pernah menghasilkan album Sheila On 7 pada tahun 1999, Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000), 07 Des (2002) dan 30 Hari Mencari Cinta (2003).

Tidak terkecuali album Pria Terhebat (2004), Jalan Terus (2005), Menentukan Arah (2008), Belayar (2011) dan Musim Yang Baik (2014) yang menjadi album studio terakhir mereka.

Sudah pasti ada sesuatu yang menarik akan dipersembahkan kepada para peminat mereka pada konsert yang akan berlangsung 27 Mac ini di Dewan StarXpo, KWC Mall, Kuala Lumpur.

Dapatkan tiket Sheila On 7 20th Anniversary – Live Concert in Malaysia 2016 sekarang!

Harga tiket bermula dari RM75, RM110, RM150 & RM190. Untuk maklumat lanjut layari laman http://www.ilassotickets.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments