Lufya Omar Duta Butik Pretaporter

Butik vendor terbesar Pretaporter bakal membuka ruang niaga seluas 7000 kaki persegi dengan anggaran mampu memuatkan seramai 70 vendor di G Village Desa Pandan.

Butik ini bukan sahaja tertumpu kepada pakaian muslimah, malah terbuka kepada semua pakaian kasual lelaki dan wanita.

Artis Lufya Dilantik Duta Butik Pret A Porter

Oleh itu, pihak Pretaporter juga telah melantik seorang artis terkenal iaitu Lufya Omar sebagai duta atau jurucakap butik tersebut.

Menurut Pengarah Pemasaranya, Siti Hawa,

“Kami strategi bagi menarik pelanggan untuk datang membeli-belah di butik ini iaitu dengan melantik Lufya Omar sebagai duta. Populariti Lufya dan tiket sebagai artis dapat membantu Pretaporter dikenali secara tidak langsung mengetenggahkan produk-produk di bawah butik ini,”

Selain Lufya, beberapa artis terkenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat turut bersetuju untuk menjadi vendor di butik ini.

Butik Pretaporter dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac dan bakal membuat pelancaran secara besar-besaran pada April depan.

Pihak Pretaporter turut menerima penyertaan pelbagai vendor dari dalam dan luar negara. Katanya, setakat ini beberapa vendor dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Turki dan Netheland telah bersetuju untuk menjadi vendor butik Pretaporter.

Ia dijangka dapat meningkatkan daya saing kepada peniaga tempatan.

Butik berkeluasan 7000 kaki persegi itu juga dijangka menarik sekitar 300,000 penduduk di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur. Pretaporter turut menyediakan pekej ruang niaga serendah RM50 bergantung kepada terma dan syarat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments