Maharaja Lawak Mega 2016 Mulai 29 Jan

Mengangkat tema ‘Perisik’ pada edisi kali ini, “Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016” kembali dengan menampilkan barisan peserta dan kolaborasi terbaru.

Seramai 15 kumpulan pelawak berjaya dikenal pasti untuk meneruskan cabaran dalam MLM tahun ini.

Maharaja Lawak Mega 2016 Mulai 29 Jan

Antara nama-nama besar yang bakal menggegarkan MLM 2016 ini ialah kumpulan Bocey, Joras, LOL, Bos, Awok, Bora dan ramai lagi.

Lebih mengujakan, MLM pada tahun ini akan turut menampilkan dua peserta solo iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.

Apa yang menarik lagi, menerusi konsert pertama MLM 2016 ini, penonton juga bakal menyaksikan siapakah gerangan empat juri tetap yang bakal menghangatkan gelanggang MLM 2016.

Sama-sama kita nantikan.

Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega 2016 (Minggu Pertama) pada hari Jumaat, 29 Januari 2016 pukul 10.00 malam di Theater Shah Alam, Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments