Mia Sara & Fynn Jamal Duta Caliph

Cereal Caliph- Nutrition For Eyes
Pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara dan Fynn Jamal dilantik sebagai duta produk Caliph keluaran Syarikat Raffelina Sdn. Bhd.

Mereka diperkenalkan sewaktu majlis pelancaran produk terbaru Raffelina : Cereal Caliph – Nutrition For Eyes

Pemilihan Mia dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak.

Manakala Fynn Jamal pula mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, lebih-lebih lagi Fynn rajin berkongsi cerita cara dia membesarkan anaknya, Arjuna yang mempunyai penyakit Autisme yang dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.

Menurut Pengarah Urusan Raffelinna iaitu Muhammad Rafi’e bin Ramli,

Cereal Caliph – Nutrition For Eyes merupakan produk membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan imunisasi tubuh badan kanak-kanak.

Antara bahan-bahan penting yang terdapat dalam produk ini ialah Beta Karotena, Susu Kambing dan Maltodekstrin.

Beta Karotena menyediakan 50% Vitamin A yang diperlukan dalam diet. Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata dan memberi imunisasi yang kuat terhadap kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ia juga menghindar daripada penyakit cirit-birit, asma dan demam.

Susu Kambing pula mengandungi kalsium, fosforus,magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang.

Manakala Maltodekstrin adalah gula kurang manis yang bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan tenaga dalam badan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments