Pencarian Jaguh Karaoke Sepahtu Sinar

Pengemudi baru bagi segmen Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah pun mengembara di sekitar selatan dan bakal menyambung pengembaraan mereka ke utara negara bagi menjayakan program Jalan-Jalan Sepahtu Sinar.

Salah satu misi jelajah ini adalah bagi mempromosikan rancangan Sarapan Pagi baru Sepahtu Sinar dengan menganjurkan sebuah program pencarian jaguh karaoke.

Seramai 3 ribu peminat telah membanjiri Plaza Angsana Johor Bahru pada minggu lalu! Ternyata, penangan trio baru bagi Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar mendapat sambutan hangat!

Pencarian Jaguh Karaoke Sepahtu Sinar

Sesi awal mulanya pencarian jaguh karaoke ini dimulakan pada jam 10 pagi iaitu sesi pendaftaran bagi 30 orang yang pertama untuk pemilihan, sebelum 5 peserta akhir dipilih bersama-sama bersaing dengan 5 lagi peserta yang telah melalui ujibakat melalui telefon bersama Sepahtu Sinar.

Pencarian jaguh karaoke berjaya mengupas bakat warga Johor Bahru dengan adanya 3 pemenang seperti berikut ; Noor Jannah binti Abu Hanipah (Juara), Nor Fatihah binti Taib (Naib Juara) , Ema Fazuana binti Mehat (Ke-3) yang masing-masing membawa wang tunai berjumlah RM 3000 + trofi bagi tempat pertama, RM 2,000 bagi tempat ke-2 dan RM 1000 bagi tempat ke-3.

Peluang masih terbuka kepada anda! Kepada orang ramai yang ingin menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian, pihak Sinar FM ingin mengalu-alukan kedatangan anda untuk sertai sesi ujibakat yang bakal berlangsung pada hari Sabtu nanti bertempat di Amanjaya Mall pada jam 10pagi bagi 30 orang yang pertama bagi pemilihan 5 peserta akhir untuk menyertai 5 peserta lagi yang telah melalui ujibakat melalui telefon bersama Sepahtu Sinar.

10 finalis ini akan berpeluang untuk menjulang trofi Jalan-jalan Sepahtu Sinar dan memenangi hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM3000!

Peringatan! Para pendengar yang berminat untuk sertai pertandingan ini, haruslah menyediakan minus one sendiri.

Antara langkah lain untuk sertai pertandingan karaoke ini, setiap minggu Sinar FM akan mengeluarkan lintasan untuk memberikan peluang kepada pendengar yang berminat melibatkan diri sebagai salah seorang peserta dengan hanya menelefon konti Sinar FM dan menyanyi! Tunggu isyarat memanggil bagi pecarian jaguh karaoke Sepahtu Sinar bermula minggu ini.

Hadiah untuk pemenang seperti berikut:

Tempat pertama: RM 3000 + Trofi Jalan-Jalan Sepahtu Sinar
Temoat ke-2 : RM 2,000
Tempat Ke-3 : RM 1000

Maklumat Lokasi

Tarikh : 30 Jan
Tempat : Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah
Masa ujibakat : 10 am

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments