Ratu Selfia – Nora Danish Jadi Duta OPPO F1

Nora Danish as Ambassador for OPPO F1
OPPO Malaysia melantik pelakon popular, Nora Danish sebagai duta terbaru untuk telefon pintar OPPO F1.

OPPO F1 direka khas untuk kaki selfie dan mereka yang inginkan kualiti selfie paling canggih dari sesebuah telefon pintar.

Melahirkan rasa teruja dilantik sebagai duta OPPO F1, Nora Danish berkata yang mengambil selfie bukan sahaja salah satu cara untuk ekspresi diri namun ianya juga salah satu cara untuk meraikan kehidupan dan menjadi inspirasi untuk orang lain.

Ianya hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel yang membawakan apperture f/2.0 selain turut dilengkapi sokongan perisian Beautify 3.0

Ia juga mempunyai tiga mod kecantikan khas selain pelbagai filter untuk mengambil gambar selfie.

OPPO F1 akan memulakan jualan pada 22 Januari 2016 dan untuk 200 unit pertama yang dibeli melalui Oppo Online Store, anda akan menerima OPPO Exclusive Selfie Stick. OPPO F1 akan mula dijual dengan harga RM1198.00 sahaja.

Untuk info lanjut, anda boleh ke www.oppo.com/my.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments