Seiras Seirama – Peminat Otai Mas Idayu ke Pentas Akhir

Ibarat bulan jatuh ke riba, itulah perumpamaan yang paling sesuai buat Noor Hayati binti Selamat, 54 (Perak) atau lebih mesra dipanggil Noryah apabila impian untuk bertentang mata dengan penyanyi kesayangannya, Mas Idayu tercapai.

Malah beliau turut muncul sebagai juara episod, melayakkan beliau untuk mewakili idolanya di pentas akhir Seiras Seirama kelak. Lebih manis apabila beliau turut berkesempatan untuk berduet bersama Ratu Dangdut Malaysia itu menerusi lagu ‘Selangit’.

Seiras Seirama - Peminat Otai Mas Idayu

Seakan sudah sebati irama dangdut dalam diri, aksi Noryah jelas tidak kekok dan dibuat-buat.

Meskipun usianya jauh berbeza dengan tiga peserta yang lain, itu bukan penghalang buatnya untuk memberi persembahan yang terbaik.

Gaya memegang mikrofon yang unik dan gelek 45 darjah yang menjadi identiti Mas Idayu dilakukannya dengan cukup bersahaja sehingga mendapat pujian daripada penyanyi asal itu sendiri. Keyakinan serta kesungguhan beliau itulah yang menjadikannya lebih menonjol berbanding saingannya yang lain.

Episod seterusnya merupakan episod Ikon Faizal Tahir yang juga merupakan episod terakhir sebelum masing-masing melangkahkan diri ke pentas akhir Seiras Seirama yang bakal bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro pada 7 Februari (Ahad) kelak.

Justeru, jangan lupa saksikan Seiras Seirama episod tujuh yang bakal menemui penonton pada hari Ahad (31 Januari 2016), jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jangan ketinggalan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments