Awok Tersingkir Maharaja Lawak Mega 2016

Awok Tersingkir Maharaja Lawak Mega 2016
Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016 semakin panas. Rata-rata persembahan peserta semakin mengujakan dengan punchline dan jalan cerita yang lebih mantap.

Antara peserta yang menonjol pada minggu lalu pastinya Reza Mukmin, Lol, Joras, SayWho dan Enjen yang mana masing-masing menerima 4 HA (HaHaHaHa) daripada pihak juri.

Namun begitu, pada minggu lalu kumpulan Awok yang dianggotai oleh Filzah, Ain dan Ayie (Polis Evo) terpaksa mengucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan yang lain selepas menerima purata undian yang paling rendah daripada pihak juri dan penonton.

Misi Lawak diteruskan dan minggu ketiga ini, demam Bollywood yang melanda negara kita akan dibawa ke gelanggang Maharaja Lawak Mega 2016.

Bagaimana agaknya ejen-ejen lawak menyelesaikan tugas mereka berdasarkan tema Bollywood yang diberi? Sama-sama kita saksikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments