JoHaRa Pagi ERA Bersama Rakan Media

Tahun 2016 merupakan tahun ke-5 Rancangan Sarapan Pagi ERA fm yang dikemudikan oleh Johan, Haniff dan Ray keudara.

Berkat kesabaran dan kerjasama dari pelbagai pihak yang terlibat, JoHaRa telah berjaya menarik 2.6 juta pendengar setiap minggu.

Seperti kebiasaan, para selebriti pastinya teruja apabila diundang untuk menjadi artis undangan di segmen Sarapan Pagi JoHaRa Pagi ERA bersama Johan, Haniff dan Ray.

JoHaRa Pagi ERA Bersama Rakan Media

Kali ini, JoHaRa mengambil inisiatif bagi memberikan penghargaan kepada rakan-rakan media di meja hiburan yang banyak memberikan sokongan serta liputan sepanjang 5 tahun ERA fm bersiaran.

Menurut Pengurus Kanan Kandungan ERA fm Nazri Noran,

“Penghargaan ini dilaksanakan dalam bentuk menemubual para wartawan hiburan mengenai isu-isu dan gossip semasa mengenai artis-artis serta apa jua perkembangan hiburan terkini serta pengalaman mereka bekerja sebagai wartawan hiburan. Perlaksanaan ini adalah bertujuan untuk menaikkan martabat wartawan hiburan negara yang kadang kala menjadi penyumbang bagi kejayaan seseorang selebriti tanahair.”

Rancangan Sarapan Pagi, JoHaRa Pagi ERA juga pernah dinobatkan beberapa anugerah di Malaysia seperti memenangi Anugerah Program Radio MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA untuk dua tahun berturut-turut (2014-2015), Segmen Radio Paling Digemari di Shout Award!

Pada tahun 2013, turut meraih anugerah Segmen Radio Paling Popular di Anugerah Lawak Warna pada tahun 2013 dan 2015.

Selain itu, penyampai ERA fm Johan juga pernah dianugerahkan sebagai Penyampai Radio Paling Popular untuk anugerah-anugerah seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2013 & 2014), dan Penyampai Radio MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA pada tahun 2015.

Bagi pendengar yang ingin mendengarkan celoteh JoHaRa Pagi ERA, boleh dengarkan mereka di frekuensi 103.3 dan ikuti segala aktiviti JoHaRa di laman sosial ERA fm di Twitter, Facebook dan Instagram!

Bicara Bro : Menyesal pula tak datang. Nak buat macam mana, sibuk jaga anak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments