Kutipan Filem OlaBola Melebihi RM12 Juta

Memasuki hari ke-18 tayangan, filem OlaBola meneruskan rentak cemerlang dalam kutipan box office apabila berjaya mencatat kutipan melebihi 12 juta!

Selepas 3 minggu berada di pawagam sejak ia ditayangkan pada 28 Januari 2016 lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan, malah masih kukuh di pawagam apabila jualan tiket sentiasa sold out dengan segera.

Selain itu, filem OlaBola masih mengungguli carta top 10 Golden Screen Cinema (GSC) semenjak filem ini ditayangkan.

Kutipan Filem OlaBola Melebihi RM12 Juta

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.

Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments