Mark Adam Gamatkan Jalan-Jalan Sepahtu Sinar di Kedah!

Misi pencarian jaguh karaoke Sepahtu Sinar telah menutup tirai sempena Jalan-Jalan Sepahtu Sinar di Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah.

Hanya 5 peserta sahaja yang berjaya akan dipilih untuk beraksi ke peringkat akhir bersama lima lagi peserta yang disaring terlebih awal ketika Sinar FM bersiaran.

Peserta yang hadir ke sesi pencarian jaguh karaoke ini bukan sahaja dari Sungai Petani, malah ada juga datang dari Petaling Jaya, Johor Bahru dan Perak.

Mark Adam Gamatkan Jalan-Jalan Sepahtu Sinar di Kedah!

Jika lokasi pertama Jalan-Jalan Sepahtu Sinar sebelum ini berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru di meriahkan oleh Siti Nordiana, kali ini di Kedah, Mark Adam merupakan artis undangan yang berganding dengan pengemudi Sepahtu Sinar untuk menjadi pengadil.

Mark Adam turut menghiburkan penonton dengan lagu-lagu popularnya seperti Marry Me dan banyak lagi. Selain itu, penyampai Sinar FM Abby Fana dan Jamal Jamaluddin juga memeriahkan pentas acara Jalan –Jalan Sepahtu Sinar Sabtu lalu.

Program Jalan-Jalan Sepahtu Sinar ini merupakan sebuah program pembuka tirai tahun baru 2016 bagi stesen Sinar FM.

Pihak Sinar FM membawakan Sepahtu Sinar kepada pendengar terutamanya yang berada di luar bandar kerana lokasi begini banyak mendapat permintaan untuk bertemu serta melaksanakan beberapa aktiviti bersama mereka.

Ini juga sebahagian dari usaha Sinar FM untuk menghargai pendengar. Pengemudi baru bagi segmen Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah pun tamat pengembaraan mereka ke sekitar selatan dan utara negara sambil memperomosikan segmen sarapan pagi Sepahtu Sinar setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments