Shortcuts – Bengkel Penyusunan Skrip

Astro Shaw bakal menganjurkan bengkel kedua untuk program ‘Shortcuts – Bengkel Penyusunan Skrip’ yang juga merupakan sebahagian daripada skim pembiayaan filem pendek yang telah dilaksankan oleh Shortcuts.

Bengkel penyusunan skrip ini akan bermula pada 21 Mac hingga 27 Mac bertempat di Sekeping Kong Heng, Ipoh.

Tiga skrip yang terbaik berpeluang untuk memenangi sejumlah RM 40, 000 setiap seorang untuk menghasilkan filem pendek mereka, dimana filem-filem tersebut bakal dipamerkan di festival filem serantau dan juga ditayangkan di Saluran Astro A-List (Saluran 456).

Bengkel penyusunan skrip ini lebih mementingkan aspek-aspek penting dalam lakon layar dengan adanya perbincangan berkumpulan.

Setiap peserta akan berpeluang untuk menjemput seorang penerbit pilihan mereka untuk menerokai sinergi kerja antara penulis, pengarah dan penulis kreatif melalui bimbingan para pembikin filem jemputan yang juga mentor.

John BadaluTiga pengarah terkemuka Asia Tenggara Sherad Anthony Sanchez (Filipina), John Badalu (Indonesia) dan Woo Ming Jin (Malaysia) telah mengesahkan penyertaan mereka untuk memberi bimbingan dan menjadi mentor kepada bakat-bakat muda yang kreatif ini.

Chen Yih Wen, Aw See Wee dan Nadira Ilana merupakan tiga peserta berbakat yang terpilih dan telah disenarai pendek melalui bengkel penceritaan yang telah diadakan selama 3 hari pada hujung tahun lalu.

Mereka akan disertai oleh tiga peserta lain yang bakal terpilih semasa pusingan penghujahan.

Mereka yang berminat untuk memantapkan lagi bakat dalam bidangan pengarahan dan merupakan seorang yang kreatif, dijemput untuk menghantar penyertaan melalui info@shortcuts.my sebelum 29 Febuari.

‘Shortcuts’ – Bengkel Penyusunan Skrip’ oleh Astro Shaw ini dianjurkan dengan kerjasama Next New Wave dan disokong oleh FINAS.

‘Shortcuts’ adalah sebuah skim pertandingan pembikinan filem pendek untuk mengasah bakat-bakat baru dalam bidang perfileman melalui beberapa bengkel bimbingan penceritaan dan pengarahan. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Shortcuts’, layari: www.shortcuts.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments