Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip

Sony Music Malaysia dan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) hari ini mengumumkan pelancaran Single baharu ‘Terimaku Seadanya’ yang menampilkan paduan vokal penyanyi popular, Misha Omar & Hafiz Suip.

Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz SuipGabungan dua penyanyi popular ini dilihat strategi utuh dalam mengekalkan momentum arena seni tanah air yang semakin rancak dengan kemunculan ramai artis baharu.

Hasil ciptaan lagu dan lirik sepenuhnya oleh Ajai, ‘Terimaku Seadanya’ diolah dalam melodi indah namun ringan buat halwa pendengar.

Tambah menarik, lantunan vokal Misha Omar & Hafiz Suip diadun seimbang menerusi trek lagu sepanjang 4.04 minit.

Ini membuktikan kekuatan tersendiri lagu ini yang kini turut diangkat sebagai lagu tema drama saluran di Astro, Uda dan Dara yang akan bersiaran di bulan Februari / Mac 2016 di saluran Astro Prima.

Kekuatan Misha Omar dan Hafiz Suip yang mempunyai persamaan keunikan vokal, turut disertakan bersama emosi yang kuat sehingga mampu membuai jiwa pendengar.

Malah, lagu ini dilihat sebagai buah tangan terbaharu Misha Omar selepas kali terakhir menerbitkan album penuh miliknya pada tahun 2008.

Single ‘Terimaku Seadanya’ ini turut dilancarkan serentak dengan muzik video yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube Astro Gempak

Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip

Berlarutan rindu ini membunuhku
Hingga aku tak daya jadi begini
Mekar lagi bunga yang engkau berikan
Apakah masih ada jawapannya

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Segalanya kembali segar semula
Hingga aku sukar melupakan semua
Berlarutan wajahmu sering dimata
Apakah kau masih seperti dulu

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Ku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar tuhan buka kan semula, hati ini

Moga kita berdua kan mengerti ku idamkan cinta ini,
Segala yang telah terjadi

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan

Aku idamkan saat ini
Berdoa kan kembali
Agar tuhan buka kan semula

Ku idamkan cinta ini
Tapi ku tidak tahu
Bagaimana hendak ku buktikan hati ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments