A Kid from The Big Apple

A Kid from The Big Apple
Filem “A Kid from The Big Apple” bakal ditayangkan pada 10 Mac ini di Malaysia dan juga Singapura.

Filem ini merupakan terbitan Three Production telah berjaya mengondol 4 anugerah pada 7th Macau International Movie Festival yang berlangsung baru-baru ini.

Yang menariknya, filem ini 100% menjalani pengambaran di Malaysia bahkan turut menampilkan beberapa pelakon Malaysia dan digandingkan bersama pelakon popular dari Hong Kong.

Sinopsis Filem A Kid from The Big Apple

A Kid from The Big Apple
Filem ini mengisahkan tentang Sarah, seorang gadis berusia 12 tahun yang dilahirkan dan dibesarkan di New York City.

Ibu beliau terpaksa berpindah ke China untuk beberapa bulan atas urusan kerja, maka ibunya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa meminta bapanya di Malaysia untuk menjaga cucunya.

Untuk seorang anak muda kontemporari seperti Sarah, yang membesar dalam “Big Apple” sejak lahir,

Bagi beliau, Malaysia bagaikan mimpi ngeri paling teruk yang kini menjadi kenyataan. Terutamanya, terpaksa tinggal di salah satu pangsapuri bersama dengan datuknya.

Pada mulanya, Sarah menyembunyikan rasa tidak yakin beliau dengan perwatakan sombong dan melayan jiran barunya seolah-olah mereka tidak sama taraf dengan beliau.

A Kid from The Big Apple

Akibat pengaruh dari jiran yang sebaya dan tempoh beliau tinggal sebumbung dengan datuknya, perlahan-lahan membuka pintu hati beliau untuk rapat dengan “orang yang tidak dikenali” di sekelilingnya.

Secara tidak langsung, Sarah mula belajar dan memahami kenapa ibu dan datuknya amat menitik beratkan tentang tradisi budaya mereka.

Trailer Filem A Kid from The Big Apple

Jangan lupa untuk menonton filem A Kid from The Big Apple yang akan ditayangkan bermula pada 10 Mac 2016 dipawagam berhampiran anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments