Amelina – Duta Produk Pewarna Rambut D’Herbs

Pencarian Wajah Terlajak Laris D'Herbs

Syarikat kosmetik D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd juga mengumumkan perlantikkan Ratu Dangdut Amelina sebagai Duta Produk Pewarna Rambut D’Herbs dalam satu majlis yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya.

Menurut Pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman,

Pemilihan penyanyi wanita itu bertepatan dengan penampilannya yang mempunyai rambut sihat dan bersinar.

“Amelina sudah mencuba pewarna rambut D’Herbs dan ternyata dia sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Pewarna rambut keluaran D’Herbs mempunyai keistimewaan sendiri dan mampu menjadikan rambut lembut dan sihat, malah tiada lagi rambut rosak.”

Pewarna rambut D’Herbs diformulasi dari bahan semulajadi seperti inai, boleh dibawa solat dan tidak luntur.

Ia berharga RM29.90 didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan perang.

Mereka juga bakal mengadakan pencarian wajah Terlajak Laris 2016.

Pencarian ini bermula pada April 2016 dan terbuka kepada semua peringkat umur, lelaki dan wanita. Penyertaan hanya terbuka kepada pengguna produk D’Herbs dan borang penyertaan dihantar bersama kotak produk D’Herbs.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments