Astro Bella Raikan Wanita

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, Astro Bella (saluran 133) bakal menganjurkan kempen ’Astro Bella Raikan Wanita’ sepanjang bulan Mac ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi meraikan pencapaian wanita daripada pelbagai bidang.

Antara program utama yang bakal berlangsung sepanjang Mac ini adalah penayangan program istimewa di lima buah saluran berbahasa Melayu Astro iaitu Astro Bella, Astro Ria, Astro Prima, Astro Citra dan Mustika HD, penganjuran bengkel ’Astro Bella Raikan Wanita’ serta peraduan khas menerusi platform media sosial.

Kempen ’Astro Bella Raikan Wanita’ ini bakal bermula dengan pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang mana selebriti lelaki tempatan berkongsi tentang ikon wanita yang menjadi sumber inspirasi dalam hidup mereka.

Astro Bella Raikan Wanita

Selain penayangan program-program istimewa di lima buah saluran berbahasa Melayu Astro,

Astro Bella juga berbesar hati membawakan dua program khas untuk meraikan golongan wanita pada 8 Mac ini iaitu program senaman ringkas ’Astro Bella Homeworkout’ yang dihoskan oleh Nana Al Haleq bersama tetamu jemputan Nana Mahazan serta Adeline Tsen.

Tidak lupa juga, program travelog kesihatan dan kecergasan berjudul ’Hello Ferringhi’ yang bakal dikendalikan oleh pengacara H!live Shenty Feliziana dan Nina Nadira. ’Hello Ferringhi’ merupakan program berdurasi 30 minit yang mana hos akan menerokai tempat-tempat menarik di sekitar Shangri-La Rasa Sayang Penang dan akan mengetengahkan aktiviti gaya hidup sihat kepada para penonton.

Bengkel ’Astro Bella Raikan Wanita’

Sementara itu, Astro Bella dengan kerjasama pengeluar produk Nouvelles Visages turut membawakan program ’on ground’ khas buat kaum Hawa iaitu bengkel ’Astro Bella Raikan Wanita’ yang bakal berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang, Selangor selaku penaja lokasi pada 27 Mac (Ahad) ini.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi maklumat, berkongsi tips-tips dan rahsia kejayaan serta meningkatkan tahap keyakinan diri seterusnya membantu golongan wanita mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Lebih bermakna, bengkel ini akan dijayakan oleh speaker jemputan yang mempunyai nama besar dalam bidang yang mereka ceburi.

Antara speaker yang bakal terlibat ialah Rita Susilawati (pengasas Nouvelles Visages) dan Shalin Zulkifli ( bekas pemain boling negara). Bengkel ini juga akan menyaksikan pembabitan selebriti tanah air yang bakal diketahui kelak.

Untuk makluman, 150 pendaftar terawal berpeluang mengikuti bengkel ini selama satu hari bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang secara percuma ini dengan hanya mengesahkan (RSVP) kedatangan dengan emelkan maklumat peribadi (Nama, No.Kad Pengenalan dan No.Telefon) di astrobella@astro.com.my.

Penyertaan untuk mengikuti program ini akan dibuka bermula 9 Mac hingga 22 Mac ini.

Hadiah Percutian ke United Kingdom untuk dimenangi

Dalam pada itu, Astro Bella bakal melancarkan peraduan di laman sosial Instagram Astro Gempak (@astrogempak) di mana tiga pemenang berpeluang menikmati pakej penginapan selama tiga hari dua malam tajaan Holiday Villa Hotels & Resorts.

Pemenang utama bakal memenangi percutian ke Holiday Villa Hotel & Suites London, United Kingdom. Tempat kedua percutian di Holiday Villa Arosa Switzerland dan pemenang ketiga di Holiday Villa Resort & Spa Langkawi, Malaysia

Bagi yang ingin menyertai peraduan ini, peserta perlu memuat naik gambar bersama wanita yang mempengaruhi hidup mereka selama ini dan ceritakan momen tersebut di kapsyen beserta hashtag #astrobellaraikanwanita.

Peraduan ini akan bermula 23 Mac sehingga 3 April 2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments