Boboiboy The Movie Kutip RM8 Juta

Poster Boboiboy The Movie
Filem animasi tempatan, Boboiboy The Movie mencatat kejayaan membanggakan dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta selepas 11 hari ditayangkan.

Meskipun filem animasi popular Hollywood seperti Zootopia dan Kung Fu Panda 3 turut hangat ditayangkan di pawagam ketika ini, filem terbitan Animonsta Studios itu tetap mengekalkan kedudukan sebagai filem yang mengutip kutipan ter­tinggi pada hujung minggu serta kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tanah air bagi genre itu.

Pengarahnya, Nizam Razak berkata, pihaknya menjangkakan filem tersebut akan berjaya mencapai kutipan sebanyak RM13 juta apabila tamat tayangan di pawagam tempatan tidak termasuk tayangan di luar negara seperti Indonesia yang akan mula ditayangkan pada 13 April nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments