Karnival Geng Masjid di Kota Damansara

Karnival Geng Masjid edisi ke-2 bakal diadakan di Masjid Kota Damansara pada 11 hingga 13 Mac 2016.

Keputusan sebulat suara untuk mengadakan sambungan Karnival ini adalah kerana sambutan hangat yang diberikan oleh masyarakat dan peniaga pada Karnival pertama yangterlah berlangsung pada 31 Disember 2015 di Masjid Puncak Alam.

Matlamat utama penganjuran Karnival Geng Masjid ini adalah untuk menjadikan Masjid sebagai lokasi untuk segala aktiviti berfaedah.

“Kita mahu orang suka kepada Masjid dan datang tidak kira masa. Jenama Masjid ini boleh jadi sebagai tempat beriadah, berehat dan beribadat.

Manfaat utama daripada program ini tentu sekali Imarahnya, apabila ia menjadi lokasi yang seronok untuk dikunjungi, pasti fungsinya akan kian bertambah dan kemeriahan sesebuah Masjid itu akan bercambah.”

Karnival Geng Masjid di Kota DamansaraAntara 27 jemputan hebat yang akan memeriahkan 3 hari aturcara ialah, Fara Fauzana, Heliza Helmi, Ustaz Asyraf, Ustaz Nazrul, Ustaz Fakhrul, Ustaz Jay, Ustaz Aran, Ustaz Dr. Izhar Ariff, Ustaz Shahrizan Daud, Ustaz Nasir, Ustaz Fattah, Ustaz Megat, Ustaz Najdi, Daie Luqman, Ustaz Hafiz, Ustaz Faris, Ustaz Muhadir Joll, Ustaz Azhar Ghazali, Noorkhiriah, Syifa Melvin, Adiela Ridzuan, Hafiz Hamidun, InTeam, Ammar Hamdan, Bell Ngasri, Encik Mimpi dan Dr. Nik Salida.

Turut dibawakan dua watak superhero yang popular untuk menghiburkan kanak-kanak selepas pertandingan mewarna pada hari kedua karnival.

Selain itu, aktiviti riadah seperti Fun Ride keliling Kota Damansara, Street Soccer dan Bola Jaring menjadi pilihan buat para pengunjung. Tambahan pula bagi mereka yang ingin menderma darah, turut sediakan satu bahagian khas di dalam kawasan Masjid.

Bagi yang berminat belajar menggunakan Adobe Photoshop, satu kelas khas akan diadakan oleh pihak Masjid termasuklah juga Pertandingan Memasak untuk kaum muslimat.

Semoga usaha dari pihak penganjur ini boleh dilihat sebagai wadah bantuan untuk menaikkan nama Islam itu sendiri dan memberi peluang untuk kejayaan Muslim bersama muslim yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments