OlaBola Bertanding di Festival Filem Taipei

Kutipan Filem OlaBola Melebihi RM16 Juta
Filem OlaBola kini mendapat kutipan box office melebihi RM16 juta dan ia masih lagi ditayangkan.

Filem terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd dan Multimedia Entertainment Sdn Bhd, OlaBola ini mendapat sokongan penuh daripada lapisan masyarakat rakyat Malaysia sejak mula ditayangkan pada 28hb Januari 2016.

Dengan tahap kutipan OlaBola, Astro Shaw mempunyai tiga filem tempatan yang mendapat kutipan box-office tertinggi di Malaysia, selepas The Journey (2014) yang mencapai RM17.3 juta dan Polis Evo (2015) yang memecah rekod sebanyak RM18 juta.

Diarahkan oleh Chiu Keng Guan, OlaBola adalah sebuah filem fiksyen mengenai pasukan pemain bola sepak yang terdiri dari pelbagai budaya menghadapi isu-isu peribadi dan cabaran sepasukan berjuang untuk mendapat peluang kejayaan di peringkat antarabangsa.

Filem yang sarat dengan aksi dan emosi ini membawa kita mengimbau zaman kegemilangan bila seluruh rakyat negara bersatu bersama sebagai satu pasukan kebangsaan.

Memasuki minggu ke-6 tayangan, OlaBola telah dijemput untuk menyertai ‘official selection’ di Taipei Golden Horse Fantastic Film Festival antara 8 dan 17 April 2016.

Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv, www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.

Klik SINI untuk Versi Bahasa English

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments