Ujibakat Astro Battleground 2016 Kini Dibuka

Ujibakat Astro Battleground 2016
Memasuki ulang tahun ke-10 penganjuran, Astro Battleground 2016 kini mencari juara penari jalanan yang baharu.

Penari yang mahir dalam pelbagai jenis gerak tari dijemput hadir ke ujibakat terbuka yang akan diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 2 April 2016 (Sabtu) bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Semua yang berminat dikehendaki mendaftar atas talian sebelum 1 April 2016, sebelum menghadiri ke satu-satunya ujibakat terbuka pada tahun ini.

Ujibakat terbuka Astro Battleground 2016 akan menguji setiap peserta ujibakat melalui persembahan individu dan juga kerjasama dalam kumpulan.

Turut memeriahkan sesi ujibakat kelak ialah guru tarian terkenal dari Taiwan, C.Hsiang yang akan menilai peserta ujibakat dari segi kemahiran tarian serta kemampuan menambaik baik gerak tari sebelum keputusan dibuat.

Bukan itu sahaja, untuk menghangatkan lagi sesi ujibakat terbuka ini, sebuah persembahan istimewa yang menampilkan 500 penari akan mengambil tempat bagi mendedahkan peminat tegar tarian terhadap program Astro Battleground 2016 seterusnya menggalakkan mereka menyertai ujibakat terbuka yang diadakan.

Astro Battleground, program utama bagi Astro Wah Lai Toi saluran 311 dan Astro Wah Lai Toi HD saluran 310 telah menyediakan platform ini buat penari tempatan mempamerkan gerak tari mereka semenjak tahun 2007 lagi.

Kemuncak program ini akan menyaksikan dua penari terbaik mewakili Malaysia untuk bersaing dengan peserta-peserta daripada negara Asia yang lain seperti Singapura, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Hong Kong dan Vietnam di Asian Battleground 2016 yang mana Astro akan menjadi tuan rumah buat kali ketiga

Butiran ujibakat ‘Astro Battleground 2016’ :

Tarikh : 2 April 2016 (Sabtu)
Masa : 10 pagi hingga 6 petang
Tempat : Main Court, Ground Floor, Quill City Mall

Umur : 15 tahun keatas (peserta ujibakat dibawah umur 18 tahun harus ditemani oleh ibubapa atau penjaga yang sah)
Pendaftaran : Penari solo amatur
Warganegara : Malaysia
Genre tarian : Bebas (mesti berlandaskan muzik Hip-Hop)

Senarai semak dokumen ujibakat:

  1. 1 salinan kad pengenalan
  2. 1 salinan pasport dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan
  3. 1 gambar penuh bersaiz 4R dan 1 gambar separuh bersaiz 4R

Untuk mendaftar dan syarat-syarat penyertaan, sila layari www.facebook.com/astrobattleground.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments