Duta 11street – Zizan Razak dan Elizabeth Tan

Duta 11street – Zizan Razak dan Elizabeth Tan
11street (www.11street.my), meraikan ulang tahun pertamanya dengan membawakan tawaran Shocking Deals to Life.

Ia merupakan sambutan yang bertemakan karnival bagi berkongsi kegembiraan dalam berjimat serta membeli belah atas talian, sebagai tanda penghargaan kepada pengguna atas sokongan padu mereka sejak pelancarannya pada 11 April 2015.

Selain itu, turut diperkenalkan kedua-dua duta baharu mereka, Zizan Razak – pelakon dan penghibur berbakat tempatan dan Elizabeth Tan – bintang buah hati Youtube yang kini seorang penyanyi membuat penampilan pertama mereka pada sambutan ulang tahun pertama 11street.

Menurut CEO 11street, Hoseok Kim,

“Walaupun usia kami baru setahun, impian kami adalah untuk melangkah lebih jauh dan sebab itulah kami memilih dan menyambut Elizabeth dan Zizan ke dalam keluarga kami yang semakin berkembang ini.

Mereka adalah kunci untuk membuka perjalanan kami untuk lebih dekat kepada pengguna di Malaysia bagi memenuhi keperluan dan keinginan membeli belah mereka.

Melihat kedua dua Zizan dan Lizzy, jenama segar dan dinamik seperti 11street boleh dikaitkan dengan keremajaan serta tenaga yang menyerlah melalui minat dan semangat mereka yang tidak mudah tunduk dan boleh melakukan apa saja.

Berikutan dengan aura positif mereka berdua, kami percaya duo ini akan membawa 11street ke tahap yang lebih tinggi dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia seperti sekarang”

Duta Baru 11street – Zizan Razak dan Elizabeth Tan
Enam pemenang bertuah peraduan “Fly high LIKE A STAR with 11street”telah diumumkan pada acara tersebut.

Pemenang-pemenang bertuah ini memenangi peluang mengikuti pengalaman menaiki helikopter dan seterusnya menikmati sesi makan malam intim bersama kedua duta jenama 11street, Zizan dan Elizabeth.

Selain daripada itu, sebagai hadiah kepada pelanggan setia aplikasi 11street, 11street juga turut melancarkan “11 Days of Shocking Giveaways” dengan tawaran yang sangat menarik pada harga yang cukup rendah.

Sepanjang kempen ini, kupon mengejutkan akan disediakan setiap hari untuk jenama-jenama popular, termasuk BHPetrol, Caring Pharmacy, Laneige, Melissa Shoes, OPPO, Seagate, Tefal, TGV dan banyak lagi.

Kempen “11 Days of Shocking Giveaways” pasti akan memukau rakyat Malaysia 11street meraikan ulang tahun pertama dengan banyak perkara yang pasti akan mengejutkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments