JoHaRa Tinggalkan Konti Demi ‘Juara JoHaRa’

Bermula 11 April depan, satu pertandingan luar biasa akan dilakukan oleh ERA fm.

Pertandingan ini dilaksanakan di sekitar lokasi yang terpilih di Kuala Lumpur. Pengemudi rancangan pagi JoHaRa Pagi ERA (Johan, Haniff dan Ray) akan bersiaran secara langsung di lokasi terpilih untuk meneruskan misi pencarian ‘Juara JoHaRa’ selama 3 minggu.

JoHaRa Tinggalkan Konti Demi ‘Juara JoHaRa’

Pencarian ‘Juara JoHaRa’ ini merupakan sebuah pertandingan yang menguji kemahiran masyarakat Malaysia dengan beberapa cabaran lucu yang akan diberikan.

Contoh cabaran-cabaran yang bakal dilakukan adalah seperti mencabar orang ramai untuk membungkus nasi lemak dengan memakaisarung tangan gusti, meniup lilin sambil memakai topeng muka dan macam-macam lagi cabaran lucu yang diadakan.

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Dhan Andreas,

“Pertandingan Juara JoHaRa akan dilaksanakan selama tiga minggu bermula 11 April ini. Objektif kami adalah untuk mencungkil bakat yang ada dikalangan pedengar sambil beramah mesra bersama mereka.

Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi kami untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Setiap minggu, JoHaRa akan bersiaran luar pada hari-hari yang terpilih untuk berjumpa para penyokong ERA fm dan pastinya meneruskan misi pencarian ‘Juara JoHaRa’.”

Bagi pemenang yang telah bergelar juara pada hari tersebut, mereka akan membawa pulang baucer tunai bernilai RM 1000.

Seterusnya, bagi peserta yang kurang bertuah, akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik. Baucer membeli-belah RM 1000 ini akan terus diberikan kepada setiap juara mengikut lokasi pilihan Juara JoHaRa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Juara JoHaRa, sila layarai laman web ERA fm, www.era.fm atau ikuti perkembangan pertandingan ini di laman sosial ERA fm (Twitter, Facebook dan Instagram) dan dengarkan frekuensi mengikut lokasi anda.

Temui Johan, Haniff dan Ray pada 11 April (Isnin) bertempat di NZ Curry House, Wangsa Maju bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments