#MalaysiaFeelingGood – World Youth Jazz Festival 2016

‘#MalaysiaFeelingGood’ adalah kempen yang bertujuan untuk menerapkan nilai­‐nilai positif dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Kempen ini adalah inisiatif sekumpulan wargakota yang mendapat sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memupuk semangat cintakan negara melalui pengisian aktiviti yang positif dan tertumpu kepada minat belia masakini.

#MalaysiaFeelingGood - World Youth Jazz Festival 2016

Sehubungan dengan itu, pelancaran kempen #MalaysiaFeelingGood akan dimulakan bersama pementasan World Youth Jazz Festival pada tahun ke-­5 kewujudannya, yang bakal menampilkan 20 kumpulan artis “top” jazz belia tempatan dan antarabangsa.

Festival ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 6 hingga 8 Mei 2016 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara artis yang akan membuat persembahan adalah Waris ft Janine Annice (Malaysia/United Kingdom), Dua Drum (Indonesia), Noh Salleh (Malaysia), O’Sister (Sepanyol), Frederick Koster (Jerman) dan ramai lagi.

Selain persembahan pentas, turut diadakan adalah acara sampingan seperti KL Coffee Day, The Square KL dan KL Auto Jamm yang bakal memeriahkan lagi festival.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.worldyouthjazzfest.com

Klik DISINI untuk versi English

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments