20 Lagu Baru Didi & Friends di Astro First

Didi & Friends di Astro First
Siri lagu kanak-kanak popular, Didi & Friends buat julung-julung kalinya memperkenalkan saluran lagunya yang pertama di Malaysia!

Menerusi kerjasama Astro First,20 buah lagu baru yang dihasilkan khas untuk peminat setia Didi & Friends bakal menemui penonton Astro di rumah mulai Khamis, 26 Mei 2016 ini, di mana anak-anak dan ibu bapa berpeluang menyanyikan dan menari kesemua lagu-lagu terbaru ini secara eksklusif di saluran 480.

Menerusi langganan serendah RM 15.90 (termasuk GST), pelanggan Astro boleh menyanyi bersama Didi dan rakan-rakannya tanpa henti, pada bila-bila masa sahaja selama lima hari berturut-turut.





Saluran istimewa ini turut membolehkan penonton di rumah menyanyikan kesemua 46 lagu Didi & Friends termasuklah 20 lagu baharu sama ada menggunakan pilihan vokal atau karaoke, yang boleh dipilih menerusi pilihan audio di alat kawalan jauh Astro masing-masing.

Dengan tagline ‘Jom Nyanyi! Hora Horey!’, kesemua 20 lagu baharu dalam Bahasa Malaysia ini merupakan adaptasi lagu kanak-kanak dan rakyat popular daripada bahasa lain termasuklah Tepuk Amai Amai, Jambatan Sedang Roboh (Lagu Bahasa Inggeris – London Bridge), Keldai Comel (Lagu Bahasa Mandarin – Xiao Mao Lu), Pak Beruang (Lagu Bahasa Tamil – Karadi Mama) dan juga Bermain Dalam Bulatan (Lagu Bahasa Indonesia – Bermain Dalam Lingkaran).

Peminat Didi & Friends turut boleh merasai pengalaman saluran karaoke ini secara eksklusif di acara Fun Escapade 2016, 28 dan 29 Mei 2016 ini bertempat di Sunway Pyramid.

Selain booth karaoke Didi & Friends, pengunjung juga boleh beramah mesra dengan maskot Didi & Friends yang akan menemui adik- adik semua. Pelbagai aktiviti pentas melibatkan Didi & Friends turut menawarkan hadiah menarik untuk dimiliki pengunjung.

Kesemua 26 lagu Didi & Friends yang terdahulu juga telah dialih bahasa ke Bahasa Mandarin dan disiarkan di saluran ‘edutainment’ kanak-kanak berbahasa Mandarin, Astro Xiao Tai Yang.

Di masa hadapan, Didi & Friends juga dijangka akan menemui penonton setia di rumah dalam format siri animasi yang lebih panjang dan lebih interaktif.

Khas untuk peminat Didi & Friends di luar sana, kesemua 26 lagu siri pertama akan turut menemui penonton dalam format DVD di mana ia boleh didapatkan di kedai-kedai muzik terpilih mulai 27 Mei

2016.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments