Aliff Aziz Lancarkan Album Ke-4 : Rebirth

Aliff Aziz dan label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia telah melancarkan album penuh Rebirth yang memuatkan keseluruhan 10 trek lagu.

Album keempat oleh penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Sayang-sayang’ dan ‘Jangan Ganggu Pacarku’ ini turut menampilkan sentuhan komposer terkenal antaranya Tun Teja, Faizal Tahir, Kunci Demak, Mike Chan, Omar K, Panji Sakti dan ramai lagi.

Menampilkan kematangan vokal dengan pengisian lagu yang lebih teliti, Rebirth mempertaruhkan irama lagu berentak balada yang lebih sesuai dengan jiwa penyanyi remaja ini.

Garapan luahan rasa cinta Aliff dizahirkan menerusi pemilihan lagu yang bersesuaian dengan perjalanan kisah cinta tanpa mengenepikan nilai komersil menerusi kehadiran artis duet termasuk Siti Nordiana (lagu ‘Tak Ada Cinta Sepertimu’) dan Emma Suhaimi (lagu OST filem Pengapit ‘Dan Lagi Cinta’).

Album yang memuatkan 10 trek lagu ini mempertaruhkan single pertama ‘Selayaknya Aku’ ciptaan Faizal Tahir; manakala trek lagu hebat lain termasuk ‘Coba’, ‘Novella’, ‘Setelah Kau Pergi’ dan lain-lain.

Keistimewaan dalam album ini juga turut menampilkan lagu duet runut bunyi filem Dilwale versi bahasa Melayu yang bertajuk ‘Warna Cinta’ bersama Kilafairy pada awal tahun ini.

Menurut Julius Ng, Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Singapura dan Indonesia,

“Untuk album kali ini kami mencuba kelainan dan pembaharuan dalam susunan muzik. Aliff Aziz mahu lebih jujur dalam muzik yang dihasilkan dan kami berharap peminat bakal menyukai album ini,”

Aliff Aziz Lancarkan Album Ke-4 : Rebirth

Di kesempatan ini juga Sony Music Malaysia ingin memberi penghargaan kepada Aliff Aziz atas pencapaian muat turun 20x Platinum.

Keseluruhan trek lagu dalam album Rebirth ini boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Dengarkan kesemua trek lagu daripada album baharu Aliff Aziz, Rebirth hari ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments