Harris Baba Mempertaruhkan Katakan

Harris Baba Mempertaruhkan KatakanHarris Baba yang berasal dari Singapura ini merupakan darah kacukan diantara Pakistan/Cina dan juga Pakistan/Iran kini tampil dengan single sulung beliau yang bertajuk ‘Katakan’.

Walaupun tidak mempunyai darah Melayu, namun Harris mempunyai bakat dalam melakonkan watak dan menyanyi di dalam Bahasa Melayu dan kini beliau sedang mencuba dalam memperbaiki diri untuk sering bertutur di dalam Bahasa Melayu.

Lagu ‘Katakan’ ini dipertaruhkan sebagai buah tangan pertama oleh Harris Baba kepada peminat beliau. Kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik, Harris Baba telah dilamar oleh Faizal Tahir sendiri untuk menghasilkan lagu ‘Katakan’ ini.

Lagu yang menceritakan tentang cinta ini telah dicipta oleh penyanyi popular tanah air iaitu Faizal Tahir sendiri bersama Mike Chan dan juga Ezra Kong yang sekaligus bertanggungjawab sebagai penerbit untuk single tersebut.

Hasil nukilan lagu yang dilengkapi dengan alunan suara Harris Baba ini tentunya menjadikan ‘Katakan’ sebagai karya yang mampu menaikkan nama Harris ke persada yang lebih besar.

Lirik video bagi lagu ini baru sahaja diriliskan di YouTube pada 25 Mac yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan sejak berkumandang di corong radio.

Lagu ‘Katakan’ mempunyai ciri ciri yang membuatkan pendengar senang untuk menerima lagu ini. Berentakan tempo yang perlahan dan muzik yang ‘mellow’ menambahkan lagi minat untuk para pendengar menghayati lagu ini.

Lagu yang mempunyai rentak yang segar ini dipercayai boleh menjadi pengenalan yang baik untuk Harris Baba. Lirik video bagi lagu ‘Katakan’ turut mendapat sambutan yang hangat kerana sudah menghampiri 200 ribu tontonan dalam masa satu bulan sahaja dan beliau kini dalam proses merangka strategi untuk memperluaskan nama dan kerjayanya.
Harris Baba 1
Harris Baba juga berasa amat bertuah kerana beliau diterajui oleh 3 buah syarikat rakaman dan pengurusan iaitu Faithful Music selaku Artiste & Repetoire (A&R), manakala Uprising Entertainment dan Warner Music Malaysia pula akan menentukan hala tuju karier dan pengurusan kerjaya beliau sebagai seorang anak seni.

Dengan namanya yang kian meningkat naik, Harris Baba kini bersedia untuk melangkah lebih jauh! Tinggi harapan Harris Baba agar muziknya dapat memberi kepuasan yang maksima kepada pencinta muzik tanah air terutamanya.

Harris juga mengharapkan lagu tersebut dapat membuka mata orang ramai mengenai kehadirannya di dalam industri muzik tanah air.

“Katakan – Harris Baba” merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan hasil usahasama bersama Uprising Entertainment dan juga Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Spotify dan juga Deezer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments