‘Obviously Harith Iskander’ di Astro Awani

Obviously Harith Iskander
Harith Iskander, pelawak yang amat dikagumi di Malaysia bakal tampil menjadi pengacara sebuah rancangan bual bicara baharu iaitu ‘Obviously Harith Iskander’ (OHI).

Rancangan bual bicara yang mempunyai 13 episod ini, bakal menyajikan pelbagai unsur jenaka yang akan bersiaran setiap hari Sabtu, jam 9.30 malam di Astro Awani (Saluran 501).

Episod pertama yang bermula 28 May 2016, turut menampilkan Tan Sri Tony Fernandes (Air Asia) dan seorang vokalis terkenal iaitu Dasha Logan sebagai tetamu undangan.

Harith Iskander berkata,

“Saya rasa teruja dan berbesar hati apabila diberi peluang untuk bergabung tenaga dengan pihak Awani. Kesemua unsur yang ada tepat pada waktunya, penonton bakal disediakan dengan sebuah landskap khas untuk berita infotainmen yang disediakan.

OHI akan menetapkan satu garis haluan baharu bagi industri penyiaran Malaysia. Dengan adanya rancangan sebegini, kami turut membuktikan kemampuan yang ada, jika tidak sama, tetapi mungkin lebih baik dari apa yang dunia ini tawarkan.

Ketika ini, saya perlu memaafkan diri saya untuk mendapatkan sesuatu yang lebih bagus dan sentiasa kelihatan kemas dan mendapatkan potongan rambut yang lebih teratur”

Penonton boleh jangka apa yang bakal dilakukan oleh Harith Iskander dengan adanya beberapa segmen seperti berita lawak, sketsa komedi, sesi temu ramah bersama selebriti dan persembahan oleh artis-artis terkini.

‘Obviously Harith Iskander’ di Astro AwaniOHI menjanjikan barisan personaliti menarik antaranya seperti Datin Paduka Marina Mahathir, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dato’ Seri Nazir Razak, Adibah Noor dan antara lain yang memeriahkan studio OHI adalah lagenda jazz, Michael Veerapan selaku pengarah muzik untuk program ini.

Harith, yang juga pernah dinobatkan sebagai ‘Asia’s Best Stand-Up Comedian Award’ oleh ‘Top 10 Of Asia Award 2014’, merupakan stand-up comedian Malaysia pertama yang beraksi di hadapan 9000 penonton di Stadium Putra untuk acara Laugh Malaysia, juga merupakan pertunjukan komedi terbesar dalam sejarah negara.

OHI adalah kolaborasi yang dibawa bersama editorial Astro Awani dengan kebijaksanaan dan kreativiti Harith Iskandar V Day Productions.

Ditaja oleh AirAsia Berhad dan Kolej dan Universiti Antarabangsa INTI, OHI bakal bersiaran di Astro Awani (Saluran 501) pada setiap hari Sabtu jam 9.30 malam dan boleh distrimkan secara langsung di www.astroawani.com.

Penonton juga boleh menonton semua kandungan eksklusif laman web di www.obviouslyharith.com serta ikuti laman sosial @obviouslyharith di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments