PaySlip Nyanyi Lagu Tema Angry Birds

PaySlip Nyanyi Lagu Tema Angry Birds
Lagu oleh Matoma ‘Wonderful Life (Mi Oh My)’ ini merupakan hasil kolaborasi kumpulan anak muda tempatan iaitu PaySlip yang mewakili Malaysia untuk menyanyikan lagu tema bagi filem animasi 3D ini.

Lagu ‘Wonderful Life (Mi Oh My) ini telah dihasilkan oleh Matoma iaitu seorang DJ terkenal dari Norway. Bagi versi di dalam Bahasa Malaysia, Warner Music Malaysia telah memilih Tun Teja sebagai penulis lirik bagi lagu ini.

PaySlip dan pihak Warner Music Malaysia hanya diberi tempoh selama 14 hari sahaja untuk menjayakan lagu ini.

Menurut En. Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) selaku Pengurus A&R Warner Music Malaysia,

“Pihak A&R Warner Music Malaysia telah berbincang dan memilih Tun Teja sebagai penerbit dan penulis lirik bagi lagu tersebut di dalam versi tempatan.

Setelah proses rakaman dijalankan saya menghantar lagu tersebut kepada Nordia West dan Alhamdulillah telah diterima. Hanya sekitar 48 jam demo tersebut dihantar. PaySlip dan Tun Teja bergabung tenaga dalam 4 hari sahaja bagi menyiapkan projek Wonderful Life (Mi Oh My) ini”

Latar Belakang PaySlip

Kumpulan PaySlip membariskan remaja linkungan umur belasan tahun ini dianggotai oleh 3 orang anak muda iaitu Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass, dan seorang yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC,iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar.

Jika sebelum ini PaySlip telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana PaySlip telah diundang oleh Spotify untuk menjadi band Malaysia pertama yang mendapat perkhidmatan eksklusif pre-stream dan melancarkan album sulung mereka ‘PaySlip’ di Spotify pada November 2014.

Kini mereka sekali lagi telah menarik perhatian Nordia West iaitu wakil dari Atlantic Records iaitu salah sebuah syarikat rakaman terbesar di Amerika Syarikat dan diberi kepercayaan oleh mereka untuk menyampaikan lagu ini di dalam versi Bahasa Malaysia.

Ini merupakan satu pencapaian terbesar bagi kumpulan PaySlip sendiri kerana telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab yang besar untuk membuktikan bahawa mereka mampu membawa lagu ini ke satu aras yang lebih tinggi dengan cara dan gaya mereka sendiri.

Matoma ft. PaySlip - Wonderful Life (Mi Oh My) Cover Art‘Wonderful Life (Mi Oh My)’ ini merupakan sebuah cetusan melodi Pop yang santai gubahan muziknya yang mampu mengajak si pendengar untuk turut menyanyi bersama.

Berentakan tempo dan muzik yang ‘catchy’ dan lirik yang mudah diikuti ini membuatkan pendengar kanak-kanak juga senang untuk menerima lagu ini.

Muzik video bagi lagu ini juga akan dilancarkan di YouTube Warner Music Malaysia pada 16 Mei 2016 ini.

Selain daripada itu, "The Angry Birds Movie (Original Motion Picture Soundtrack)" menampilkan beberapa lagu baru antaranya lagu “I Will Survive” dari Demi Lovato dengan gayanya sendiri, sensasi pop antarabangsa Charli XCX “Explode,” Steve Aoki “Fight,” dan “Wonderful Life (Mi Oh My),” ciptaan bintang DJ/produser/artis Matoma dari Norway.

The Angry Birds Movie pula bakal menggempar pawagam di seluruh Malaysia pada 12 Mei 2016 ini.

“Wonderful Life (Mi Oh My) Matoma ft. PaySlip” merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Raku, Spotify, dan juga Joox.

Wonderful Life (Mi Oh My) Matoma ft. PaySlip

Mi Oh My
Bila senyuman mu dilimpahi cahaya
Mengusik hatiku

Oh
Mi Oh My
Kita buka mata lihat
Betapa indahnya kehidupan ini

Mi Oh My
It’s a wonderful life
It’s a wonderful life
Disisi mu selalu
(4x)

Ayuh kawan
Teguh berdiri
Di bawah bintang menyinari
Tak perlu penjelasan juga
Dan harapan kerna cantik hati ini ada di sini

Mi Oh My
It’s a wonderful life
It’s a wonderful life
Di sisimu selalu
(4x)

Mi Oh My
Bila senyumanmu dilimpahi cahaya
Mengusik hatiku

Oh
Mi Oh My
Kita buka mata lihat betapa indahnya
kehidupan ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments