Peluang Kedua Ke Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar

Dunia seakan gelap seketika buat Hazmil dan Rezza, saat nama mereka diumumkan tersingkir di konsert Ceria Popstar yang lalu.

Namun, mendung tidak selamanya berarak kelabu, mereka berdua kembali merebut tempat ke pusingan separuh akhir apabila pihak produksi Ceria Popstar memutuskan untuk memberi peluang kedua buat empat peserta yang telah tersingkir.

Mereka semua akan bertarung malam ini bagi memastikan impian bergelar juara Ceria Popstar 2016 masih menyala.

Peluang Kedua Ke Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar

Ceria Popstar Beri Peluang Kedua

Irfan, Dalili, Hazmil dan Rezza akan menyampaikan lagu pilihan mereka sendiri dalam Konsert ‘Peluang Kedua’ yang akan bersiaran jam 9 malam ini di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105.

Empat lagi finalis yang telah pun meloloskan diri mereka ke pusingan separuh akhir pula akan membuat persembahan bersama artis jemputan dan cikgu masing-masing.

Persembahan istimewa mereka ini didedikasikan khas buat semua insan bergelar ibu di luar sana sempena Hari Ibu Sedunia yang disambut minggu lalu.

Mark Adam yang telah kehilangan dua anak didiknya Hazmil dan Rezza minggu lalu bakal berpadu suara bersama kumpulan Sistar menyanyikan lagu popular Filipina, Anak dalam versi bahasa Tagalog. Jaclyn Victor pula akan mengiringi persembahan dua peserta bimbingannya , Eylia dan Aniq menerusi lagu Because You Love Me dan Untukmu Ibu.

Ketiadaan Black pada konsert kali ini atas urusan kerja tidak mematahkan semangat Jun apabila dia akan berkongsi pentas bersama Juara Akademi Fantasia yang juga anak kelahiran Tawau sama sepertinya, Firman mendendangkan lagu Sempurna, nyanyian asal Andra & The Backbone.

Siapakah yang akan menyerlah dalam konsert kali ini dan siapakah yang mendapat peluang kedua ke Konsert Separuh Akhir Ceria Popstar 2016 minggu hadapan?

Saksikan Konsert ‘Peluang Kedua’ Ceria Popstar malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments